Yala. Mestilah rindu diorang semua kan? Setiap kali hujung minggu mesti diorang SMS ataupun call kerana ingin bertanyakan khabar aku. Macam mana dekat sana? Semua okay? Best tak? Ada yang handsome tak? Bla bla bla. Siap suruh usha anak teruna orang pulak tu. Ish ish ish memang tak patut. Nakal.
Sepanjang menjalani latihan di sini, aku mendapat banyak manfaat dan bergaul dengan kawan-kawan yang berlainan negeri, dan agama. Oh ya, aku menjadi ketua disini. Ehem. Ketua dorm je. Hahaha. Mesti korang ingat aku menjadi ketua wirawati kan?
Sebenarnya aku hampir-hampir menjadi ketua wirawati kerana suara aku yang lantang tapi aku menolak kerana ada pelatih yang lebih mahir dan bersuara lantang dari aku. Dapat jadi ketua dorm pun okay apa. Semua kebersihan dan kekemasan didalam dorm semua adalah tanggungjawab aku. Alhamdulillah. Setakat ini, semua mendengar arahan dari aku.
Siapa berani yang ingkar arahan aku senang sahaja aku report je dekat ketua wirawati alpha. Kebetulan pula, ketua wirawati alpha tu duduk sebelah katil aku je. Hahaha. Belum sempat aku report pun diorang dah ikut apa arahan aku. Mungkin sebab diorang takut tengok muka aku yang serious ni. Tapi tak adalah sampai serious pun. Hehehe.
"Hah!" sergah Bella mematikan semua lamunan aku. "Opocot mak kau melatah" latah Haizryn kerana terkejut. Ceh! Bella ni tak boleh ke bagi salam ke apa ke. Dahlah tengah malam buta dia jugak sergah aku. "Hehehe. Kantoi. Opocot mak kau melatah. Lawak siot" perli Bella sampai ketawa terbahak-bahak. Adeh! Jatuh bursa saham aku.
"Melatah kerana terkejut okay! Dan ia tak lawak pun. Ada apa awak datang ke katil saya ni?" marah aku bersama jelingan maut lagi membunuh. Bella dan yang lain-lain tak henti-henti ketawa lagi. Ini yang aku geram ni. Akhirnya, diorang semua berhenti ketawa selepas balingan aku mengenai sasaran dengan begitu tepat dan bergaya. Rasakan. Hahaha.
"Apa ni? Main baling-baling ni?" marah mereka serentak dan akhirnya mereka semua ketawa. "Itulah. Siapa suruh ketawa mengalahkan langsuir" kutuk aku dengan selamba. "Fine. I'm sorry. Okay? Saya datang ni hendak tanya awak dah siap packing barang-barang? Yala, kitakan hendak pulang esok malam." tanya Bella sambil mengutip bantal-bantal yang aku baling sebentar tadi.
"Dah siap packing da. Cuma tunggu malam esok je nak balik. Tak sabar rasanya nak jumpa sahabat-sahabat saya. Mesti diorang terkejut melihat muka saya yang sudah hitam legam mengalahkan orang minyak sahaja" kata aku sambil mengutuk diri sendiri. Sensitive terhadap cahaya matahari lepas tu mulalah sunburn.
"Saya pun sama. Eh, manada hitam legam cuma gelap sikit berbanding mula-mula saya jumpa awak. Kan kita banyak aktiviti kat padang." ujar Bella sambil membelek muka aku yang sudah hitam legam ini. "Yala. Selepas subuh je terus pergi ke padang untuk senaman. Lepas breakfast je terus pergi ke padang utntuk ke kelas. Lepas solat zohor pun pergi ke padang untuk aktiviti kawad dan begitu juga selepas solat asar untuk senaman dan riadah. Macam mana tak hitam berkilat ni?" kata aku dengan mengeluh panjang.
Nasiblah kalau dah hitam macam ni susah nak putihkan balik. Mungkin memakan masa setahun. "Chilllah. Nanti akan putih balik. Alah, kalau gelap sikit pun apa salahnya. Hehehe" kata Bella sambil ketawa. "It's okay sis. Don't worry" kata aku sambil menepuk bahu Bella dengan perlahan. "Eh, sepanjang saya kenal awak tak ada pula awak sebut boyfriend atau nak usha anak teruna orang. Ke awak dah ada boyfriend?" tanya Bella.
"Errr. Tak ada sebut eh? Hurm. Memang tak ada boyfriend tapi adalah sorang ni saya suka" jawab aku sambil tersengih garu kepala yang tidak gatal. "Welaweh, berahsia pula minah ni. Siapa? Pelatih kat kem ini ke?" tanya bella yang cuba mengorek rahsia aku. "Kat kem ini hanya untuk cuci mata sahaja." balas aku masih berahsia.
"Tipulah. Oh pandai ya nak berahsia sekarang eh?" Alamak! Apa yang aku nak jawab ni? "Eh, betullah. InsyaAllah bila tiba masanya saya akan beritahu awak segalanya" jawab aku yang cuba memujuk Bella yang telah bermasam muka. Harap-harap nanti dia tak buat drama melayu kat sini sudah. Penat hendak memujuk. "Okay. Saya tunggu tapi jangan nak berahsia sangat kitakan kawan baik" akhirnya Bella mengalah juga. "Okay. Nanti saya bagitahu awak. Jangan risau" kata aku sambil berjanji.
Keesokan harinya, semua pelatih diminta berkumpul di padang selepas makan pagi. "Bagi pelatih dari negeri Kelantan akan pulang pada malam ini manakala bagi pelatih dari negeri Perak, Kedah dan Penang akan pulang pada keesokkan harinya. Selepas kamu pulang dari kampung halaman masing-masing kita akan melakukan aktiviti abseiling, flying fox, pertandingan kawad, pertandingan antara kumpulan dan banyak lagi. InsyaAllah saya doakan perjalanan pulang dan pergi kamu semua selamat" kata pengetua a.k.a ketua jurulatih PLKN di kem tersebut.
To Be Continue...

No comments:
Post a Comment