FOLLOWERS

Why I like You? (Part 5)

Pada malam minggu, Haizryn menghadiri kelas tambahan yang dianjurkan oleh sekolahnya bagi pelajar tingkatan 3 dan tingkatan 5. Tepat pukul 10.30 malam, Haizryn bersama rakan sekelasnya melangkah keluar dari kelasnya.

"Mana papa ni? Janji pukul 10.30malam sekarang pukul 10.45malam. Kalaulah abang Hafiz ada kan bagus boleh tumpang dia." rungut Haizryn sambil melihat jam di tangannya. "Ryn mana abang Hafiz? Bukan ke awak selalu pergi dan balik dengan dia ke?" tanya Amanda yang sedang menunggu ayahnya menjemput dia pulang.

"Abang Hafiz pergi kem kepimpinan apa kejadah semua tu. Dia kan ketua pengawas sekolah" jawab Haizryn. "A'ahlah. Macam manalah saya boleh lupa yang abang Hafiz kena pergi kem tu. Hahaha." kata Amanda sambil ketawa. Apa yang kelakar pun taulah. Pelik.

"Ryn, saya balik dulu ya? Ayah saya sudah sampai. Jumpa esok." kata Amanda sambil melangkah pergi ke arah kereta ayahnya. Haizryn hanya mengangguk dan melambai sahabatnya itu. Manalah my superhero ni? Abang Hafiz! Ada juga yang menangis dekat sekolah ni.

"Pin! Pin!" Haizryn menolah ke arah kereta tersebut. "Yes! Papa dah datang. Fuh! Lega" kata Haizryn menarik nafas lega. "Kakak maaflah papa datang jemput kakak lambat sebab papa ada kerja." "It's okay papa. Kakak faham" jawab Haizryn sambil memandang keluar tingkap. Jarang dapat tengok pemandangan waktu malam ni. Al-maklumlah jarang keluar rumah. Kejap-kejap pergi swimming pool pastu nak shopping pula hanya turun je kat bawah. Semuanya senang je.

Papa Haizryn hanya drop Haizryn dilobby. Haishhh. Mana perginya access card ni? Masa ini lah nak buat perangai tak jumpalah apalah. Sekali pintu dihadapannya terbuka. Haizryn memandang kosong ke arah pintu tersebut. "Masuklah. Kasihan abang tengok dari tadi duk cari access card jadi abang tolong bukakan" kata abang Haizril a.k.a abang handsome.

"Oh. Terima kasih bang. Jasamu dikenang." jawab Haizryn sambil tersenyum. Maka bermulalah jantung ni tak stabil. Dupdapdupdap semacam je. Tolong jangan buat hal sekarang ni. Control ayu, pelase. "Kasih diterima" jawab abang Haizril sambil melangkah pergi ke tempat menunggu lif. Haizryn hanya melopong memandang abang Haizril yang selamba badak je berkata begitu. Dahlah depan kawan-kawan dia. Malu weh.

Kawan-kawannya ketawa dan menumbuk bahunya. Dia hanya ketawa. Pintu lif pun terbuka, Haizryn melangkah masuk. Sebelum pintu lif tertutup rapat, Haizryn melihat abang Haizril dan kawan-kawannya melambai dan mengucapkan selamat malam. Haizryn membalas lambaian mereka semua. Adeh! Kenapalah gang pilot tu handsome gila. Malam ni confirm mimpi diorang.

Pada waktu rehat, Haizryn bersama sahabatnya menuju ke kantin sekolah untuk minum pagi. Tengah syok makan sambil berbual kosong tiba-tiba ada menepuk bahunya. "Opocot mak kau melatah sambil makan" melatah Haizryn akibat terkejut. "Hai, Ryn. Lama tak jumpa kan? Hahaha." kata abang Hafiz sambil ketawa macam orang gila kerana berjaya membuat Haizryn melatah. Bukan senang hendak melihat Haizryn melatah.

"Assalamualaikum abang Hafiz. Apa ni? Main kasar nampak." marah Haizryn kerana abang Hafiz mengenakannya lalu memukulnya dengan buku log yang tebal itu. Rasakan. Hahaha. "Ouch! Sakitlah Ryn" marah abang Hafiz sambil menggosok lengannya yang terasa sengal semacam je. "Padan muka. Itulah kenakan orang lagi. Eh, abang tak jawab pun salam Ryn tadi" "Waalaikummussalam" jawab abang Hafiz perlahan.

"Boleh abang join?" tanya abang Hafiz. "Silakanlah. Nanti kipas susah mati abang gigit jari sampi putus. Abang juga yang susahkan" sindir Haizryn. "Haaa. Mulalah tu nak perli abang. Tak apa abang nak join juga. Tak kira" Welaweh. Perangai macam budak-budak bukannya perangai pelajar tingkatan 5 ni. Buruk perangai. Datang join sini mesti nak lari dari kipas susah mati dialah tu.

"Macam mana kem bang? Okay ke?" tanya Azlin. "Alhamdulillah. Semua okay tapi" "Tapi apa bang" tanya mereka serentak tak sabar nak tau apa yang berlaku. Bukan senang nak berborak-borak dengan abang Hafiz ni. Orang handsome plus busy mengalahkan perdana menteri lak tu. "Errr. Korang kenalkan Syaza? Dia luahkan perasaan dia kat abang masa kat kem tu." "Oh! Mestilah kenal. Akak hotstuff plus poyo gila tu. Habis tu, abang jawab apa?" tanya Ryn mewakilkan gang mereka khusyuk mendengar cerita abang Hafiz.

"Abang tak tahu nak cakap macam mana lagi. Abang tak suka dia. Itu je" "Laaa. Abang bagitahulah dia yang abang tak suka dia. Habis cerita" jawab Syikin. "Eh, bang. Minah poyo tu datang sinilah. Habislah abang jap lagi" kata Hanis. "Hish! Budak ni. Tak baiklah panggil dia macam tu" kata abang Hafiz. Haizryn hanya melihat gelagat abang angkatnya yang sedang gelisah semacam tambahan pula Syaza tu tak habis-habis mencari peluang untuk mendekati abang Hafiz.

"Abang, Ryn ada cadangan. Tak tahulah samada abang setuju ke tak dan mungkin tak logik juga cadangan ini" kata Haizryn. Kasihan pula aku tengok abang Hafiz ni. "Apa cadangan tu?" tanya mereka semua serentak memandang Haizryn yang sedang tersenyum jahat seperti merancang sesuatu yang jahat. "Abang jadi pakwe Ryn nak?" tanya Haizryn tersenyum jahat memandang abang Hafiz. "Huh?" jerit mereka.

Adeh! Semua pelajar yang berada dikantin sekolah nya itu memandang ke arah mereka semua. "Hey! Diamlah! Nak ke tak nak ni? Bila kak Syaza tu tak da, abang tak payah jaadi pakwe Ryn. Bila kak Syaza tu ada baru abang mainkan peranan sebagai pakwe Ryn. Setuju?" tanya Haizryn. Semua sedang berfikir cadangan Haizryn itu. Tanpa melengahkan masa yang ada "Baiklah abang setuju" abang Hafiz terus bersetuju dengan cadangan Haizryn tu.

"Macam nilah abang Ryn" kata Haizryn sambil tersenyum. "Hafiz, you buat apa dekat sini?" tanya Syaza dengan nada gedik yang amat. Menyampah pula aku tengok. Rasa macam nak je campak dia kat dalam engine beoing tu. "Eh, Syaza. I tak perasan you tadi. I tengah makan bersama girlfriend I ni haaa" jawab abang Hafiz sambil menjeling Haizryn yang sedang tersenyum memandangnya. Good job abang Hafiz. Teruskan lakonan anda ya.

"What? Girlfriend? Siapa girlfriend you?" tanya Syaza. Jelas terkejut dengan apa yang dikatakan oleh Hafiz. "Siapa girlfriend I? Hurm." tanya abang Hafiz seolah-olah berfikir. "Yala. Siapa girlfriend you?" tanya Syaza jelas tidak sabar ingin mengetahui siapa girlfriend Hafiz. "Haizryn lah girlfriend I." jawab abang Hafiz dengan selamba.

"What? Budak hingusan ni jadi girlfriend you?" jerit Syaza sambil menunding jari ke arah Haizryn yang sedang tersenyum mengejeknya. "Jangan kata dia budak hingusan. Cermin diri you dulu sebelum kata kat dia and one more thing she's mine. Kalau you ganggu dia atau you kata macam-macam pasal dia, you akan terima padahnya. Remember that." marah abang Hafiz. "Jom Ryn. Buang masa je layan orang tak bermoral macam ni" sambung abang Hafiz.

"Relaxlah sayang. Jangan marah-marah. Ryn nak cakap sikit dengan kak Syaza ni haaa. Kak, kitorang memang dah lama couple dan semua pelajar dekat sekolah pun tahukan yang saya dengan abang Hafiz selalu datang dan balik bersama. Saya harap kak Syaza jangan ganggu dia lagi dan lupakan perasaan akak tu kat abang. Jika akak hendak berkawan dengan dia. Silakan. Saya bagi kebenaran akak berkawan dengannya." Haizryn berdiri bersebelahan dengan kak Syaza lalu berbisik "Jangan cari pasal dengan saya kak malahan akak sendiri pun kenalkan siapa saya kan? Ingat apa yang saya katakan tadi."

Haizryn menepuk bahu kak Syaza dan melangkah pergi menuju ke arah abang Hafiz yang sedang menunggunya. "Apa yang Ryn bisik dekat dia?" tanya abang Hafiz ingin tahu. "Oh! Pasal tu ke? Hal perempuan bang tak yah sibuklah" jawab Haizryn. "Apa ni Ryn? Abang nak tau juga" kata abang Hafiz sambil buat muka comel yang tak berapa nak comel dimata Haizryn.

"Yala. Yala. Nak bagitahu lah ni. Sebenarnya Ryn bagitahu yang abang tidur tanpa memakai baju. Hahaha" kata Haizryn berlari meninggalkan abang Hafiz. "Hoi! Ryn! Tunggu! Penipu!" jerit abang Hafiz apabila terasa dirinya ditipu oleh Haizryn. Gelagat mereka diperhatikan oleh Syaza bersama rakannya. Jika diperhatikan gelagat Haizryn dan Hafiz tu seperti pasangan kekasih yang sedang bahagia. Syaza tidak berani melawan kata-kata Haizryn malahan dia kenal siapa Haizryn yang sebenarnya.

Selepas waktu persekolahan, Haizryn akan bersantai sambil menyiapkan kerja sekolah di swimming pool. Setelah selesai semua kerjanya dia mengemas buku-bukunya hendak pulang kerumah. Semasa menunggu lif, tiba-tiba muncullah seorang jejaka yang melengkap berpakaian sukan dengan peluh membasahi dahi menandakan dia baru sahaja bergym di gym. Haizryn hanya memandangnya dan tersenyum.

Mereka berdua melangkah memasuki lif tersebaik sahaja pintu lif itu terbuka. Tiba-tiba sahaja lif tersebut terhenti dengan sendiri dan gelap tambahan pula dalam lif itu hanya mereka berdua. Kelam kabut abang handsome a.k.a abang Haizril mengeluarkan handphonenya. "Awak okay?" tanya dia jelas menunjukkan cemas dengan situasi ini.

"Saya okay, bang. Abang macam mana pula? Jangan risau sekejap lagi lif akan berfungsi" jawab Haizryn tenang kerana dulu pun dia pernah mengalami situasi seperti ini. Tiba-tiba lif tersebut berfungsi seperti biasa dan keadaan lif tersebut terang. Haizryn memandang abang Haizril. Abang Haizril tersenyum ke arahnya. Jelas mukanya menunjukkan dirinya cemas dan sedikit pucat dengan apa yang berlaku sebentar tadi.

"Abang okay?" tanya Haziryn jelas risau melihat keadaan abang Haizril. Dia hanya mengangguk kepalanya menandakan dia tak apa-apa. Alhamdulillah. Lega kejap. Pintu lif terbuka dan abang Haizril melangkah keluar sebelum dia keluar sempat lagi dia berpesan "Take care my dear. See you again. Bye" "InsyaAllah. Kalau ada rezeki kita jumpa lagi. Bye" balas Haizryn melambai abang Haizril keluar dari lif tersebut.

Dua tahun sudah berlalu selepas kejadian itu dan sejak dari hari itu juga, aku sudah jarang nampak dia dekat swimming pool dan gym. Tak sangka pula, itulah kali terakhir aku berjumpa abang Haizril tambahan pula aku sudah jatuh cinta sama dia. Apalah agaknya dia sedang lalukan sekarang ni ya? Adakah dia sudah Graduate? Memulakan kerjayanya sebagai seorang juruterbang? Adakah suatu hari nanti, aku akan berjumpa dia? Yalah. Tertanya-tanya juga samada dia masih ingat dekat aku ke tak?

Oh ya, abang Hafiz melanjutkan pelajaran di Asia Pacific Flight Training a.k.a APFT. Tak sangka pula abang Hafiz tu nak jadi pilot sama macam abang Haizril. Mungkin itu adalah kerjayanya sejak kecil lagi. "Ryn! Jom balik" kata Nasitah sambil menepuk perlahan bahu Haziryn. "Huh? Apa?" tanya Haizryn jelas keliru dengan apa yang berlaku.

"Beranganlah tu. Teringat kat abang handsome dan abang Hafiz lah tu" perli Nasitah. "Mestilah teringat diorang berdua tu. Buah hati jantung saya kot. Hahaha" jawab Haizryn sambil ketawa kecil. "Jomlah balik. Apalah agaknya mereka berdua lakukan sekarang eh?" tanya Nasitah. Haizryn hanya gelengkan kepala tanda dia tidak tahu apa yang mereka lakukan sekarang ni. "Harap-harap suatu hari nanti saya dapat jumpa mereka berdua. Itu doa saya" jawab Haizryn perlahan.

"InsyaAllah suatu hari nanti awak akan jumpa mereka berdua. Amin" kata Nasitah. "Jom pergi makan mihun sup kat kedai depan sekolah kita tu sebelum balik" ajak Yati. "Jom" kata mereka semua dengan serentak bersetuju dengan cadangan itu. Semua kenangan disekolahnya tersimpan kemas diingatannya. Disinilah dia belajar bersama sahabat-sahabatnya dan abang Hafiz. Semoga persahabatan mereka semua kekal sampai ke jannah. Tiada siapa yang boleh mengambil kenangan tersebut dan memisahkan persahabatan mereka melainkan Allah yang Maha Berkuasa.



To Be Continue...
ThanksForReading (:

No comments:

Post a Comment