FOLLOWERS

Why I like You? (Part 7)

Hampir sebulan setengah, aku menjadi pelatih di PLKN ini. Tak lama lagi aku akan pulang ke negeri Kelantan bersama kawan-kawan yang lain selama seminggu sempena cuti tahun baru cina. Tak sabar rasanya ingin pulang ke kampung halaman berjumpa keluarga tersayang, sahabat-sahabat dan abang Hafiz.

Yala. Mestilah rindu diorang semua kan? Setiap kali hujung minggu mesti diorang SMS ataupun call kerana ingin bertanyakan khabar aku. Macam mana dekat sana? Semua okay? Best tak? Ada yang handsome tak? Bla bla bla. Siap suruh usha anak teruna orang pulak tu. Ish ish ish memang tak patut. Nakal.

Sepanjang menjalani latihan di sini, aku mendapat banyak manfaat dan bergaul dengan kawan-kawan yang berlainan negeri, dan agama. Oh ya, aku menjadi ketua disini. Ehem. Ketua dorm je. Hahaha. Mesti korang ingat aku menjadi ketua wirawati kan?

Sebenarnya aku hampir-hampir menjadi ketua wirawati kerana suara aku yang lantang tapi aku menolak kerana ada pelatih yang lebih mahir dan bersuara lantang dari aku. Dapat jadi ketua dorm pun okay apa. Semua kebersihan dan kekemasan didalam dorm semua adalah tanggungjawab aku. Alhamdulillah. Setakat ini, semua mendengar arahan dari aku.

Siapa berani yang ingkar arahan aku senang sahaja aku report je dekat ketua wirawati alpha. Kebetulan pula, ketua wirawati alpha tu duduk sebelah katil aku je. Hahaha. Belum sempat aku report pun diorang dah ikut apa arahan aku. Mungkin sebab diorang takut tengok muka aku yang serious ni. Tapi tak adalah sampai serious pun. Hehehe.

"Hah!" sergah Bella mematikan semua lamunan aku. "Opocot mak kau melatah" latah Haizryn kerana terkejut. Ceh! Bella ni tak boleh ke bagi salam ke apa ke. Dahlah tengah malam buta dia jugak sergah aku. "Hehehe. Kantoi. Opocot mak kau melatah. Lawak siot" perli Bella sampai ketawa terbahak-bahak. Adeh! Jatuh bursa saham aku.

"Melatah kerana terkejut okay! Dan ia tak lawak pun. Ada apa awak datang ke katil saya ni?" marah aku bersama jelingan maut lagi membunuh. Bella dan yang lain-lain tak henti-henti ketawa lagi. Ini yang aku geram ni. Akhirnya, diorang semua berhenti ketawa selepas balingan aku mengenai sasaran dengan begitu tepat dan bergaya. Rasakan. Hahaha.

"Apa ni? Main baling-baling ni?" marah mereka serentak dan akhirnya mereka semua ketawa. "Itulah. Siapa suruh ketawa mengalahkan langsuir" kutuk aku dengan selamba. "Fine. I'm sorry. Okay? Saya datang ni hendak tanya awak dah siap packing barang-barang? Yala, kitakan hendak pulang esok malam." tanya Bella sambil mengutip bantal-bantal yang aku baling sebentar tadi.

"Dah siap packing da. Cuma tunggu malam esok je nak balik. Tak sabar rasanya nak jumpa sahabat-sahabat saya. Mesti diorang terkejut melihat muka saya yang sudah hitam legam mengalahkan orang minyak sahaja" kata aku sambil mengutuk diri sendiri. Sensitive terhadap cahaya matahari lepas tu mulalah sunburn.

"Saya pun sama. Eh, manada hitam legam cuma gelap sikit berbanding mula-mula saya jumpa awak. Kan kita banyak aktiviti kat padang." ujar Bella sambil membelek muka aku yang sudah hitam legam ini. "Yala. Selepas subuh je terus pergi ke padang untuk senaman. Lepas breakfast je terus pergi ke padang utntuk ke kelas. Lepas solat zohor pun pergi ke padang untuk aktiviti kawad dan begitu juga selepas solat asar untuk senaman dan riadah. Macam mana tak hitam berkilat ni?" kata aku dengan mengeluh panjang.

Nasiblah kalau dah hitam macam ni susah nak putihkan balik. Mungkin memakan masa setahun. "Chilllah. Nanti akan putih balik. Alah, kalau gelap sikit pun apa salahnya. Hehehe" kata Bella sambil ketawa. "It's okay sis. Don't worry" kata aku sambil menepuk bahu Bella dengan perlahan. "Eh, sepanjang saya kenal awak tak ada pula awak sebut boyfriend atau nak usha anak teruna orang. Ke awak dah ada boyfriend?" tanya Bella.

"Errr. Tak ada sebut eh? Hurm. Memang tak ada boyfriend tapi adalah sorang ni saya suka" jawab aku sambil tersengih garu kepala yang tidak gatal. "Welaweh, berahsia pula minah ni. Siapa? Pelatih kat kem ini ke?" tanya bella yang cuba mengorek rahsia aku. "Kat kem ini hanya untuk cuci mata sahaja." balas aku masih berahsia.

"Tipulah. Oh pandai ya nak berahsia sekarang eh?" Alamak! Apa yang aku nak jawab ni? "Eh, betullah. InsyaAllah bila tiba masanya saya akan beritahu awak segalanya" jawab aku yang cuba memujuk Bella yang telah bermasam muka. Harap-harap nanti dia tak buat drama melayu kat sini sudah. Penat hendak memujuk. "Okay. Saya tunggu tapi jangan nak berahsia sangat kitakan kawan baik" akhirnya Bella mengalah juga. "Okay. Nanti saya bagitahu awak. Jangan risau" kata aku sambil berjanji.

Keesokan harinya, semua pelatih diminta berkumpul di padang selepas makan pagi. "Bagi pelatih dari negeri Kelantan akan pulang pada malam ini manakala bagi pelatih dari negeri Perak, Kedah dan Penang akan pulang pada keesokkan harinya. Selepas kamu pulang dari kampung halaman masing-masing kita akan melakukan aktiviti abseiling, flying fox, pertandingan kawad, pertandingan antara kumpulan dan banyak lagi. InsyaAllah saya doakan perjalanan pulang dan pergi kamu semua selamat" kata pengetua a.k.a ketua jurulatih PLKN di kem tersebut.

To Be Continue...
ThanksForReading (:

Why I like You? (Part 6)

Sesudah menunaikan solat subuh, Haizryn duduk berhampiran tingkap di biliknya sambil melihat permandangan di luar tingkap. Hurm. Pagi yang indah ini cukup menenangkan hati aku yang gusar memikirkan panggilan dari Pusat Latihan Khidmat Negara a.k.a PLKN.

"Kakak, mai sini kejap. Nah surat dari Pusat Latihan Khidmat Negara a.k.a PLKN ni" kata papa sambil menyerahkan surat tersebut. Perghhh! Boleh tahan tebal jugak. Tanpa melengahkan masa aku terus membuka surat tersebut. Belum sempat aku membaca surat tersebut, papa terus bertanya "Bila pergi? Kat mana dapat?"

Aik? Bunyi macam nak menghalau anak sendiri nampak. "Kejap. Baru nak baca ni haaa. Sabar ya" jawab aku bersahaja. "Hurm. Dapat kat Damai Park Resort, Merbok, Kedah. 2 Januari ni kena berkumpul kat pengkalan chepa" kata aku dengan nada perlahan. Nak pergi ke tak nak pergi eh? 3 bulan cuti pun bukannya buat apa pun.

Lesen kereta pun boleh ambil selepas pulang dari PLKN. "Kakak hendak pergi ke? Kalau tak nak pergi papa boleh tolong adjustkan kawan papa kat sana" tanya papa seolah-olah risaukan aku. Eh, memang dia risau pun. Well anak kesayangan dia kan. Lagipun aku tak pernah tinggal di hostel dan mungkin juga, papa tak sanggup tengok aku susah kat sana. Tambahan pula, family aku yang kat kedah semua dah pindah kat Kuala Lumpur.

"Hurm. Kakak ingat hendak pergi PLKN ni. Bila lagi dapat peluang macam ini kan? Lagipun kat luar sana ramai lagi yang hendak pergi. InsyaAllah, kakak tak apa-apa kat sana" kata aku setelah memutuskan untuk pergi PLKN tersebut. "Macam mana dengan lesen kereta?" tanya mama seolah-olah tak bersetuju dengan keputusan aku.

"Lesen kereta boleh ambil selepas pulang dari sana" jawab aku dengan yakin. "Baiklah kalau macam tu, kakak pergilah PLKN tu dan kalau rasa hendak balik ke apa ke boleh call papa okay?" kata putus dari papa. Mama hanya mengangguk setelah mendengar kata putus dari papa. "Okay" balas aku sambil tersenyum lebar melangkah masuk ke bilik aku.

Tiba-tiba sahaja aku teringat dekat gang aku sebelum kitorang semua terpisah selepas hari terakhir peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia a.k.a SPM. "Eh, korang dapat PLKN tak?" tanya nasitah sambil memandang menu pizza hut. "Saya dapat" kata Haizryn bersahaja. "Huh?" jerit mereka serentak.

"Errr. Kenapa?" tanya Haizryn pelik. "Tak sangka awak dapat PLKN tapi saya tak dapat. Hehehe." jawab Azlin sambil ketawa kecil. "Saya pun tak dapat" jawab Nasitah. "Saya pun" jawab Asyikin, Wanis, Amanda, Hanis, Zaheera, dan Asma. "Jadi Yati dan Najwa dapatlah ni?" tanya aku apabila melihat mereka berdua tersengih sambil mendiamkan diri.

Mereka berdua hanya menganggukkan kepala mereka. "Perghh! Untung gila korang tak dapat" kata aku sambil memandang satu persatu sahabatnya itu. "Eh, kitorang pun hendak pergi juga tapi itulah tak ada rezeki. Hanya orang bertuah sahaja dapat" perli Amanda sambil tersengih seperti kerang busuk. "Ceh! Kurang asam jawa minah ni." kutuk Haizryn dengan selamba. Akhirnya mereka semua tergelak apabila mendengar kutukan dari Haizryn.

"Jadi Yati dan Najwa awak dapat kat mana dan kumpulan berapa?" tanya Haizryn sambil berharap mereka dapat kumpulan 1 dan 1 tempat dengannya. "Saya dapat kumpulan 2 dan dekat Kuala Krai" jawab Najwa. "Saya dapat kumpulan 3 dan dekat Johor" jawab Yati. Aduh! Lain-lain tempat pula. Kalaulah dapat 1 tempatkan best.

"Ohh.Okay" jawab Haizryn perlahan. "Eh, pizza kita dah sampai. Jom kita makan dulu lepas tu kita borak-borak. Yala Hari ni last kita lepak dan borak sama-sama." kata Zaheera. "Jom kita makan dulu" jawab mereka serentak memotong kata-kata Zaheera dan tak lama kemudian mereka tergelak. Haizryn hanya gelengkan kepalanya melihat gelagat mereka seperti kanak-kanak ribena sahaja.

Hampir 2jam, mereka semua lepak dan makan bersama. Maka tibalah masa berpisah. Ini yang berat sikit ni. Nantikan ada drama Indonesia a.k.a drama airmata. Yala. Hampir 5 tahun persahabatan mereka terjalin. Susah senang bersama. "InsyaAllah suatu hari nanti kita akan berjumpa lagi. Amin" kata Haizryn sambil tersenyum melihat gang dia sudah melelehkan airmata.

"InsyaAllah. Amin" jawab mereka serentak sambil berpelukkan sesama mereka. "Pinnnnn!" bunyi hon kereta dibawah mematikan lamunan Haizryn. Haishhh! Pagi-pagi buta pun nak hon jugak ke? Ini bukannya pagi yang indah lagi menenangkan jiwa tapi pagi yang membuat jiwa orang kacau sahaja.

Esok aku akan pergi meninggalkan negeri Kelantan ini kerana mengikuti latihan di PLKN selama 3 bulan. Lama tu. Ya Allah, mesti aku rindu suasana di rumah dengan kerenah papa, mama, dan adik2. Oh ya, tidak lupa juga dengan kerenah abang Hafiz tu. Hehehe.

"Kakak jaga diri elok-elok kat sana. Kalau ada apa-apa call mama dan papa ya?" kata papa. Alahai, papa ni buat dramalah pula. "InsyaAllah. Okay. Kakak akan ingat semua tu" jawab aku sambil bersalaman dengan mereka. "Kakak naik dulu eh? Assalamualaikum" kata aku sambil melangkah menaiki bas PLKN yang telah disediakan oleh pihak PLKN.

Sebelum driver bus memulakan perjalanan ke Merbok, Kedah, aku sempat berkenalan dengan beberapa pelatih lain. Tak lama kemudian, papa call aku tanya "Kakak dekat mana sekarang? Papa nak bagi Mcd ni haa sebab pagi tadi kakak tak breakfast kan" "Kakak ada dekat stesen minyak petronas Lundang" jawab aku perlahan menahan sebak didada.

"Okay. Tunggu situ. Papa otw" kata papa memutuskan talian. Tak sampai 5 minit, papa bersama ahli keluarga aku sampai ke stesen minyak tersebut. Tanpa membuang masa aku terus melangkah turun dari bas berjumpa dengan mereka. "Nah! Ambil semua ni makan. Oh ya, nanti boleh lah share dengan yang lain" kata mama sambil menyerahkan dua beg plastik Mcd kepadaku.

"Banyaknya. Okay!" aku terus meninggalakn mereka dengan menaiki bas tersebut. Semua pelatih yang berada didalam terkejut melihat apa yang dibawa oleh aku. Aku hanya mampu tersenyum malu. Aku sempat membahagikan makanan tersebut kepada mereka semua. Sempat jugalah melihat beberapa pelatih lain mengalirkan airmata. Sedih gila kot. Mungkin diorang tak biasa terpisah jauh dengan keluarga mereka sama seperti aku.

"Akhirnya sampai sudah ke kem Damai Park Resort, Merbok, Kedah. Alhamdulillah." kata aku sambil melangkah keluar dari bas PLKN. Semasa ingin mengambil beg di tepi bas tiba-tiba ada beberapa pelatih mengucapkan terima kasih kepadaku kerana aku bagi makanan kepada mereka tadi. Aku hanya menjawab sama-sama sambil tersenyum menghulurkan tangan ingin bersalaman dengan mereka.

"Hai, nama saya Yana. Awak?" tanya seorang pelatih yang dihadapan aku. "Hai, nama saya Haizryn" jawab aku. "Harap-harap kita 1 dorm dan 1 kumpulan ya" balas Yana sambil tersenyum. Aku hanya menganggukkan kepala. Sesudah mendaftarkan diri kami semua diarahkan pergi ke kantin berdekatan untuk di periksa semua barang-barang yang ada di dalam beg masing-masing. Nasib baik handphone diorang semua tidak ambil.

Apabila semua selesai, kami diarahkan pergi ke dorm masing-masing mengikut kumpulan alpha, bravo, charlie dan delta untuk bersihkan diri dan berehat. Jurulatih memberi tahu bahawa 2 3 hari ini belum ada lagi latihan kerana ada lagi pelatih yang belum sampai atau hadir di kem tersebut. Suasana dia macam di kem askar pula. Serious dupdapdupdap dengan kawasan sekelilingnya hutan. Tidak! Aku nak balik Kelantan Jerit hati Haizryn.

"Hai, nama saya Nabila. Awak boleh panggil saya Bella" kata salah seorang dari kumpulan alpha tapi berlainan dorm dengan aku. Oh ya, aku berada di kumpulan alpha. "Hai, Bella. Nama saya Haizryn. Boleh panggil Ryn" kata aku sambil tersenyum. "Eh, awak lah yang bagi Mcd dalam bas semalam kan? Tak sangka kita 1 kumpulan cuma berlainan dorm" kata Bella dengan nada teruja.

"Ya. Saya lah tu. Jom kita duduk di meja tu dan bolehlah kita berborak panjang" ajak aku sambil melangkah kearah meja yang ditunjukkan oleh aku. Hampir sejam kitorang berborak disitu dan tak sangka aku boleh jadi peramah gila. Sebelum ini, aku memang susah sikit ingin bergaul atau berborak dengan pelajar lain. Bukan kerana aku sombong atau apa. Aku lebih suka memerhati telatah mereka terlebih dahulu dan barulah aku memulakan langkah perkenalan.

Selama 2 hari aku disini, aku menjadi rapat dengan Bella. Kemana sahaja kitorang pergi pasti bersama mengalahkan kembar sahaje. Tak kisahlah pergi makan ke solat ke semuanya bersama. Esok merupakan hari terakhir bagi semua pelatih disini berehat sebelum memulakan aktiviti PLKN disini.


To Be Continue...



ThanksForReading (:

Why I like You? (Part 5)

Pada malam minggu, Haizryn menghadiri kelas tambahan yang dianjurkan oleh sekolahnya bagi pelajar tingkatan 3 dan tingkatan 5. Tepat pukul 10.30 malam, Haizryn bersama rakan sekelasnya melangkah keluar dari kelasnya.

"Mana papa ni? Janji pukul 10.30malam sekarang pukul 10.45malam. Kalaulah abang Hafiz ada kan bagus boleh tumpang dia." rungut Haizryn sambil melihat jam di tangannya. "Ryn mana abang Hafiz? Bukan ke awak selalu pergi dan balik dengan dia ke?" tanya Amanda yang sedang menunggu ayahnya menjemput dia pulang.

"Abang Hafiz pergi kem kepimpinan apa kejadah semua tu. Dia kan ketua pengawas sekolah" jawab Haizryn. "A'ahlah. Macam manalah saya boleh lupa yang abang Hafiz kena pergi kem tu. Hahaha." kata Amanda sambil ketawa. Apa yang kelakar pun taulah. Pelik.

"Ryn, saya balik dulu ya? Ayah saya sudah sampai. Jumpa esok." kata Amanda sambil melangkah pergi ke arah kereta ayahnya. Haizryn hanya mengangguk dan melambai sahabatnya itu. Manalah my superhero ni? Abang Hafiz! Ada juga yang menangis dekat sekolah ni.

"Pin! Pin!" Haizryn menolah ke arah kereta tersebut. "Yes! Papa dah datang. Fuh! Lega" kata Haizryn menarik nafas lega. "Kakak maaflah papa datang jemput kakak lambat sebab papa ada kerja." "It's okay papa. Kakak faham" jawab Haizryn sambil memandang keluar tingkap. Jarang dapat tengok pemandangan waktu malam ni. Al-maklumlah jarang keluar rumah. Kejap-kejap pergi swimming pool pastu nak shopping pula hanya turun je kat bawah. Semuanya senang je.

Papa Haizryn hanya drop Haizryn dilobby. Haishhh. Mana perginya access card ni? Masa ini lah nak buat perangai tak jumpalah apalah. Sekali pintu dihadapannya terbuka. Haizryn memandang kosong ke arah pintu tersebut. "Masuklah. Kasihan abang tengok dari tadi duk cari access card jadi abang tolong bukakan" kata abang Haizril a.k.a abang handsome.

"Oh. Terima kasih bang. Jasamu dikenang." jawab Haizryn sambil tersenyum. Maka bermulalah jantung ni tak stabil. Dupdapdupdap semacam je. Tolong jangan buat hal sekarang ni. Control ayu, pelase. "Kasih diterima" jawab abang Haizril sambil melangkah pergi ke tempat menunggu lif. Haizryn hanya melopong memandang abang Haizril yang selamba badak je berkata begitu. Dahlah depan kawan-kawan dia. Malu weh.

Kawan-kawannya ketawa dan menumbuk bahunya. Dia hanya ketawa. Pintu lif pun terbuka, Haizryn melangkah masuk. Sebelum pintu lif tertutup rapat, Haizryn melihat abang Haizril dan kawan-kawannya melambai dan mengucapkan selamat malam. Haizryn membalas lambaian mereka semua. Adeh! Kenapalah gang pilot tu handsome gila. Malam ni confirm mimpi diorang.

Pada waktu rehat, Haizryn bersama sahabatnya menuju ke kantin sekolah untuk minum pagi. Tengah syok makan sambil berbual kosong tiba-tiba ada menepuk bahunya. "Opocot mak kau melatah sambil makan" melatah Haizryn akibat terkejut. "Hai, Ryn. Lama tak jumpa kan? Hahaha." kata abang Hafiz sambil ketawa macam orang gila kerana berjaya membuat Haizryn melatah. Bukan senang hendak melihat Haizryn melatah.

"Assalamualaikum abang Hafiz. Apa ni? Main kasar nampak." marah Haizryn kerana abang Hafiz mengenakannya lalu memukulnya dengan buku log yang tebal itu. Rasakan. Hahaha. "Ouch! Sakitlah Ryn" marah abang Hafiz sambil menggosok lengannya yang terasa sengal semacam je. "Padan muka. Itulah kenakan orang lagi. Eh, abang tak jawab pun salam Ryn tadi" "Waalaikummussalam" jawab abang Hafiz perlahan.

"Boleh abang join?" tanya abang Hafiz. "Silakanlah. Nanti kipas susah mati abang gigit jari sampi putus. Abang juga yang susahkan" sindir Haizryn. "Haaa. Mulalah tu nak perli abang. Tak apa abang nak join juga. Tak kira" Welaweh. Perangai macam budak-budak bukannya perangai pelajar tingkatan 5 ni. Buruk perangai. Datang join sini mesti nak lari dari kipas susah mati dialah tu.

"Macam mana kem bang? Okay ke?" tanya Azlin. "Alhamdulillah. Semua okay tapi" "Tapi apa bang" tanya mereka serentak tak sabar nak tau apa yang berlaku. Bukan senang nak berborak-borak dengan abang Hafiz ni. Orang handsome plus busy mengalahkan perdana menteri lak tu. "Errr. Korang kenalkan Syaza? Dia luahkan perasaan dia kat abang masa kat kem tu." "Oh! Mestilah kenal. Akak hotstuff plus poyo gila tu. Habis tu, abang jawab apa?" tanya Ryn mewakilkan gang mereka khusyuk mendengar cerita abang Hafiz.

"Abang tak tahu nak cakap macam mana lagi. Abang tak suka dia. Itu je" "Laaa. Abang bagitahulah dia yang abang tak suka dia. Habis cerita" jawab Syikin. "Eh, bang. Minah poyo tu datang sinilah. Habislah abang jap lagi" kata Hanis. "Hish! Budak ni. Tak baiklah panggil dia macam tu" kata abang Hafiz. Haizryn hanya melihat gelagat abang angkatnya yang sedang gelisah semacam tambahan pula Syaza tu tak habis-habis mencari peluang untuk mendekati abang Hafiz.

"Abang, Ryn ada cadangan. Tak tahulah samada abang setuju ke tak dan mungkin tak logik juga cadangan ini" kata Haizryn. Kasihan pula aku tengok abang Hafiz ni. "Apa cadangan tu?" tanya mereka semua serentak memandang Haizryn yang sedang tersenyum jahat seperti merancang sesuatu yang jahat. "Abang jadi pakwe Ryn nak?" tanya Haizryn tersenyum jahat memandang abang Hafiz. "Huh?" jerit mereka.

Adeh! Semua pelajar yang berada dikantin sekolah nya itu memandang ke arah mereka semua. "Hey! Diamlah! Nak ke tak nak ni? Bila kak Syaza tu tak da, abang tak payah jaadi pakwe Ryn. Bila kak Syaza tu ada baru abang mainkan peranan sebagai pakwe Ryn. Setuju?" tanya Haizryn. Semua sedang berfikir cadangan Haizryn itu. Tanpa melengahkan masa yang ada "Baiklah abang setuju" abang Hafiz terus bersetuju dengan cadangan Haizryn tu.

"Macam nilah abang Ryn" kata Haizryn sambil tersenyum. "Hafiz, you buat apa dekat sini?" tanya Syaza dengan nada gedik yang amat. Menyampah pula aku tengok. Rasa macam nak je campak dia kat dalam engine beoing tu. "Eh, Syaza. I tak perasan you tadi. I tengah makan bersama girlfriend I ni haaa" jawab abang Hafiz sambil menjeling Haizryn yang sedang tersenyum memandangnya. Good job abang Hafiz. Teruskan lakonan anda ya.

"What? Girlfriend? Siapa girlfriend you?" tanya Syaza. Jelas terkejut dengan apa yang dikatakan oleh Hafiz. "Siapa girlfriend I? Hurm." tanya abang Hafiz seolah-olah berfikir. "Yala. Siapa girlfriend you?" tanya Syaza jelas tidak sabar ingin mengetahui siapa girlfriend Hafiz. "Haizryn lah girlfriend I." jawab abang Hafiz dengan selamba.

"What? Budak hingusan ni jadi girlfriend you?" jerit Syaza sambil menunding jari ke arah Haizryn yang sedang tersenyum mengejeknya. "Jangan kata dia budak hingusan. Cermin diri you dulu sebelum kata kat dia and one more thing she's mine. Kalau you ganggu dia atau you kata macam-macam pasal dia, you akan terima padahnya. Remember that." marah abang Hafiz. "Jom Ryn. Buang masa je layan orang tak bermoral macam ni" sambung abang Hafiz.

"Relaxlah sayang. Jangan marah-marah. Ryn nak cakap sikit dengan kak Syaza ni haaa. Kak, kitorang memang dah lama couple dan semua pelajar dekat sekolah pun tahukan yang saya dengan abang Hafiz selalu datang dan balik bersama. Saya harap kak Syaza jangan ganggu dia lagi dan lupakan perasaan akak tu kat abang. Jika akak hendak berkawan dengan dia. Silakan. Saya bagi kebenaran akak berkawan dengannya." Haizryn berdiri bersebelahan dengan kak Syaza lalu berbisik "Jangan cari pasal dengan saya kak malahan akak sendiri pun kenalkan siapa saya kan? Ingat apa yang saya katakan tadi."

Haizryn menepuk bahu kak Syaza dan melangkah pergi menuju ke arah abang Hafiz yang sedang menunggunya. "Apa yang Ryn bisik dekat dia?" tanya abang Hafiz ingin tahu. "Oh! Pasal tu ke? Hal perempuan bang tak yah sibuklah" jawab Haizryn. "Apa ni Ryn? Abang nak tau juga" kata abang Hafiz sambil buat muka comel yang tak berapa nak comel dimata Haizryn.

"Yala. Yala. Nak bagitahu lah ni. Sebenarnya Ryn bagitahu yang abang tidur tanpa memakai baju. Hahaha" kata Haizryn berlari meninggalkan abang Hafiz. "Hoi! Ryn! Tunggu! Penipu!" jerit abang Hafiz apabila terasa dirinya ditipu oleh Haizryn. Gelagat mereka diperhatikan oleh Syaza bersama rakannya. Jika diperhatikan gelagat Haizryn dan Hafiz tu seperti pasangan kekasih yang sedang bahagia. Syaza tidak berani melawan kata-kata Haizryn malahan dia kenal siapa Haizryn yang sebenarnya.

Selepas waktu persekolahan, Haizryn akan bersantai sambil menyiapkan kerja sekolah di swimming pool. Setelah selesai semua kerjanya dia mengemas buku-bukunya hendak pulang kerumah. Semasa menunggu lif, tiba-tiba muncullah seorang jejaka yang melengkap berpakaian sukan dengan peluh membasahi dahi menandakan dia baru sahaja bergym di gym. Haizryn hanya memandangnya dan tersenyum.

Mereka berdua melangkah memasuki lif tersebaik sahaja pintu lif itu terbuka. Tiba-tiba sahaja lif tersebut terhenti dengan sendiri dan gelap tambahan pula dalam lif itu hanya mereka berdua. Kelam kabut abang handsome a.k.a abang Haizril mengeluarkan handphonenya. "Awak okay?" tanya dia jelas menunjukkan cemas dengan situasi ini.

"Saya okay, bang. Abang macam mana pula? Jangan risau sekejap lagi lif akan berfungsi" jawab Haizryn tenang kerana dulu pun dia pernah mengalami situasi seperti ini. Tiba-tiba lif tersebut berfungsi seperti biasa dan keadaan lif tersebut terang. Haizryn memandang abang Haizril. Abang Haizril tersenyum ke arahnya. Jelas mukanya menunjukkan dirinya cemas dan sedikit pucat dengan apa yang berlaku sebentar tadi.

"Abang okay?" tanya Haziryn jelas risau melihat keadaan abang Haizril. Dia hanya mengangguk kepalanya menandakan dia tak apa-apa. Alhamdulillah. Lega kejap. Pintu lif terbuka dan abang Haizril melangkah keluar sebelum dia keluar sempat lagi dia berpesan "Take care my dear. See you again. Bye" "InsyaAllah. Kalau ada rezeki kita jumpa lagi. Bye" balas Haizryn melambai abang Haizril keluar dari lif tersebut.

Dua tahun sudah berlalu selepas kejadian itu dan sejak dari hari itu juga, aku sudah jarang nampak dia dekat swimming pool dan gym. Tak sangka pula, itulah kali terakhir aku berjumpa abang Haizril tambahan pula aku sudah jatuh cinta sama dia. Apalah agaknya dia sedang lalukan sekarang ni ya? Adakah dia sudah Graduate? Memulakan kerjayanya sebagai seorang juruterbang? Adakah suatu hari nanti, aku akan berjumpa dia? Yalah. Tertanya-tanya juga samada dia masih ingat dekat aku ke tak?

Oh ya, abang Hafiz melanjutkan pelajaran di Asia Pacific Flight Training a.k.a APFT. Tak sangka pula abang Hafiz tu nak jadi pilot sama macam abang Haizril. Mungkin itu adalah kerjayanya sejak kecil lagi. "Ryn! Jom balik" kata Nasitah sambil menepuk perlahan bahu Haziryn. "Huh? Apa?" tanya Haizryn jelas keliru dengan apa yang berlaku.

"Beranganlah tu. Teringat kat abang handsome dan abang Hafiz lah tu" perli Nasitah. "Mestilah teringat diorang berdua tu. Buah hati jantung saya kot. Hahaha" jawab Haizryn sambil ketawa kecil. "Jomlah balik. Apalah agaknya mereka berdua lakukan sekarang eh?" tanya Nasitah. Haizryn hanya gelengkan kepala tanda dia tidak tahu apa yang mereka lakukan sekarang ni. "Harap-harap suatu hari nanti saya dapat jumpa mereka berdua. Itu doa saya" jawab Haizryn perlahan.

"InsyaAllah suatu hari nanti awak akan jumpa mereka berdua. Amin" kata Nasitah. "Jom pergi makan mihun sup kat kedai depan sekolah kita tu sebelum balik" ajak Yati. "Jom" kata mereka semua dengan serentak bersetuju dengan cadangan itu. Semua kenangan disekolahnya tersimpan kemas diingatannya. Disinilah dia belajar bersama sahabat-sahabatnya dan abang Hafiz. Semoga persahabatan mereka semua kekal sampai ke jannah. Tiada siapa yang boleh mengambil kenangan tersebut dan memisahkan persahabatan mereka melainkan Allah yang Maha Berkuasa.



To Be Continue...
ThanksForReading (:

Why I like You? (Part 4)

Petang jumaat, adik Haizryn iaitu Hadi mengajak Haizryn bermain bola di tingkat 8 berhampiran dengan swimming pool. Haizryn, adiknya berserta kawan2 adiknya sedang bermain bola dengan asyiknya. "Ehem" Aik? Siapa lak yang berdehem ni? Haizryn pun menolah kebelakang alangkah terkejutnya dia melihat abang handsome tu lengkap berpakaian sukan melangkah dengan gaya macho sambil menyelak rambutnya dan tersenyum menggoda.

Adeh! Petang-petang macam mamat ni sengaja buat aku heart attack betullah. Please jangan melting dan boleh pula aku melopong tengok dia. Ini tak boleh jadi ni. Kebetulan pula, bola tadi tercampak berdekatan dengannya. Haizryn melangkah dengan selamba dan tersenyum. Bila abang handsome itu berada di sebelahnya dan dia hanya melihat aku dengan hujung mata je? Perghhh! Poyo gila!

Tak apa. Kau tunggu! "Kak cepatlah baling bola tu!" arah Hadi kepada Haizryn. Tanpa melengahkan masa Haizryn terus membaling bola tersebut kearah lawannya dengan tepat mengenai sasaran. Tiba-tiba aje ada orang berkata "Fuyooo. Tepat pada sasaran beb". Abang Handsome memandang ke arah aku sambil tersenyum dan membuat isyarat 'good'. Okay. Aku hampir pengsan kerana senyumannya itu. Boleh tergugat iman ni.

Pagi sabtu yang indah itu, Haizryn mengajak Farah pergi jogging dibelakang kawasan perumahannya. Semasa Haizryn melangkah keluar dari pintu lif sambil membetulkan cap kesayangannya terkejut melihat sekumpulan lelaki beruniform pilot yang sedang menunggu bas mereka. Aik? Hari sabtu pun ada kelas ke? Kasihan diorang ni. Eh, abang handsome pun ada. Boleh cuci mata ini. Hehehe.

Farah sudah memulakan jogging dan meninggalkan Haizryn terkulat-kulat dibelakang yang sedang mengikat tali kasut sukannya. Haizryn berlenggang kangkung macam Mak Limah tiba-tiba terdengar suara sumbang kat belakang "Weh, aweklah. Cun lak tu. Jom Usha" kata salah seorang dari mereka. Aku terus menolah ke belakang dan abang handsome tu berkata "Cun pun cun tapi budak sekolah lagi lah" sambil tersenyum ke arah aku.

Mereka semua perasan aku melihat mereka dan mereka berpura-pura memandang ke arah langit sambil mengira bintang di langit tersebut. "Weh, kau dapat kira tak bintang ni? Aku dapat 3 lah" kata salah sorang dari gang mereka tu. Abang Handsome hanya menggelengkan kepalanya sambil tersenyum menggoda ke arah Haizryn. Tiba-tiba pipi Haizryn blushing. Relax Haizryn. Please, don't melting.

Haizryn memulakan langkahnya dan "Cik adik, nanti jogging tu elok-elok tau. Kalau jatuh nanti tak ada orang nak tolong. Bye-bye" jerit mereka serentak dengan tu mereka semua melambai ke arah Haizryn. Haizryn menolah kebelakang sambil terssenyum dan berkata "Okay! InsyaAllah. Bye" membalas lambaian mereka dengan lambaian ratu mengalahkan Miss World dan memulakan jogging mengejar Farah yang sudah jauh meninggalnya dia belakang sebentar tadi.

"Mana diorang semua ni? Kata nak datang buat study group dan nak usha abang handsome tu tapi sekarang tak nampak pun datang hidung diorang ni." Haizryn membebel sorang-sorang kat swimming pool. Tiba-tiba handphonenya berbunyi menandakan SMS masuk. Aik? Kenapa serentak je diorang SMS ni? Dahlah semua tak leh datang. Tak pe lah kalau macam tu. Alhamdulillah. Jadinya abang handsome hanya untuk aku sorang je. Muehehehe.

Beberapa minggu kemudian.

"Yeay! Esok dah cuti sekolah tambahan lak kelas tambahan pun tak ada." jerit Azlin yang sedang mengemas buku-buku bersedia ingin pulang kerumahnya. "Bestnya cuti" sahut Nasitah pula. Haizryn hanya menggelengkan kepalanya melihat gelagat sahabar-sahabatnya. "Apa plan awak,Ryn?" tanya Syikin. "Hurm. Mama, papa, Hadi dan Hasnani pergi Sabah Sarawak jadi tinggal saya sorang-sorang kat rumah tu. Siapkan homework yang berlambak tu dan kerja amali. Nanti hari ahad kan Cikgu nak" jawab Haizryn sambil melangkah keluar dari kelasnya.

"Eh, your family tinggal awak sorang-sorang? Berani ke?" tanya Yati. "Tak berani mana pun. Lagipun makcik saya nak kahwin dan mungkin diorang akan ambil saya kat rumah je" jawab Haizryn. "Abang Hafiz tak teman ke? Oh, ya. Abang handsome tu awak dah tau nama dia?" tanya Hanis. "Abang Hafiz teman saya kat pool dan time lunch and dinner saya pergi rumahnya. Mommy and daddy dia sudah pesan kat saya lagipun saya tak tahu lagi nama abang handsome tu" kata Haizryn dengan kecewa.

"Apa kata suruh abang Hafiz tanya je dia tu?" cadang Amanda. "Ish! Mana boleh! Nanti abang Hafiz banyak soal lah. Takkan tak tahu macam mana perangai dia." jawab Haizryn dengan kecewa yang berdouble-double. Tambahan pula, setiap kali Haizryn ingin mendapatkan nama abang handsome tu mesti banyak sangat halangan. Haishhh! "Eh guys, saya hendak pergi jumpa abang Hafiz kat tempat biasa. Rasanya dah lama dia tunggu saya kat sana. Assalamualaikum. Bye" Haizryn meninggalkan kumpul tersebut dan melambai sahabatnya.

"Abang Hafiz lama ke abang tunggu Ryn?" tanya Haizryn sambil tersenyum melihat abang Hafiz memasamkan muka. Kalau aku lambat sikit je mesti ada pelajar perempuan ingin mengusha abang Hafiz. Lepas tu juga, aku yang jadi mangsa. Minah-minah semua tu bukannya suka kalau aku berkepit dengan hero pujaan mereka tu. "Ryn lambat 15 minit" jawab abang Hafiz perlahan.

"Marahlah tu. Sorrylah abang tadi Ryn kena jumpa Cikgu Mawar nak settlekan kerja amali" kata Haizryn sambil memandang kipas susah mati abang Hafiz. Tak puas hatilah tu bila abang Hafiz tak melayan korang kan. Dia hanya layan adik kesayangan dia sahaja. Hehehe. "Nanti Ryn belanja makan pizza hut eh?" pujuk Haizryn.

"Okay! Deal! Jom kita pergi pizza hut sekarang juga" kata abang Hafiz dengan ketawa jahat. Adeh! Termasuk dalam perangkap sudah. Tak pelah abang oiii. Sabar Ryn sabar. "Jom nak pergi mana abang?" tanya Haizryn keliru. Kadang-kadang bila mood lurus bendul dia datang tak payah cakaplah. Penat melayan. "Tadikan kata nak belanja abang pizza hut" "Ada eh? Ingatkan abang nak ajak pergi memancing ikan tadi. Hehehe". "Dah. Jangan nak buat loyar buruk kat sini pula. Jom!" "SorryBye-bye semua kipas susah mati abang Hafiz dan silalah jeles eh? Hahaha.

Selepas solat zohor, Haizryn bersiap-siap ingin pergi ke swimming pool untuk menyiapkan kerja amali dan homework yang setinggi gunung Fuji tu. Haizryn sedang khusyuk menyiapkan kerjanya entah bagai dia boleh terlelap di kerusi nya dengan kuat lentang. Tak senonoh punya perangai. Dia merasa ada orang sedang menyelimutkannya lantas terjaga dengan keadaan mamai.

Dia melihat abang handsome di sebelahnya sambil kenyit matanya dan tersenyum menggoda. Haizryn hanya tersenyum dan Splash!! Haizryn terus memandang ke arah pool. Dia melihat abang handsome sedang berenang dan dia terus melihat tubuhnya. Aik? Towel? Rasanya tadi aku tak ambil towel pun. Ini mesti towel mamat tu dan aku tak bermimpi kan? Haizryn mencubit pipinya. Ouch! Sakitnya.

Tiba-tiba terdengar ada orang ketawa dan Haizryn menolah ke arahnya. Rupa-rupanya mamat tu yang ketawa. Ini tak boleh jadi ni. Haizryn terus melangkah pergi ke toilet ingin membersihkan mukanya. Adeh! Mesti mamat tu tengok aku tidur dengan keadaan tak senonoh. Malu berdouble-double. 

Haizryn menyudahkan kerja-kerjanya yang tergendala disebabkan dia terlelap dan drama japan bersiaran langsung sebentar tadi. Abang handsome sudah naik ke darat dan ingin mengambil towelnya yang berada bersebelahan dengan kerusi Haizryn. Haizryn terpandang ke arahnya dan memberi towel tersebut kepadanya. Mamat tu hanya tersenyum dan menggelengkan kepalanya manandakan dia menolak.

Haishhh! Kenapa susah sangat mamat ni bersuara? Dalam mulut dia ada emas ke? Eh, Dia nak hantar towel tu baik aku cepat bolehlah tahu nama dia. Harap-harap dapatlah. Amin! "Bang, nah towel abang tadi" kata Haizryn sambil mengintai abang handsome tu menandatangannya di sign out dan nama dia Haizril? Nama bapak dia ke? Aku memandang ke arah dia dan dia kenyit mata sambil tersenyum. Stay cool Ryn. Jangan melting weh. Nanti jatuh saham kau tu.

Fuhhh! Mamat tu dah blah. Lebih aku balik sekarang nanti abang Hafiz bising pula dahlah asar belum solat lagi. Sampai saje kat lif tu, tiba-tiba ada orang sedang menunggu lif. Adeh! Mamat tu lah. Macam mana ni? Okay Ryn, kau senyum je kat dia dan buat macam tak ada pape yang berlaku. Cepatlah lif sampai oiii. Nanti aku cair kat sini dan nak beku balik susah oiii.

Tamat sudah cuti persekolahannya. Pagi itu, Haizryn tak sabar ingin pergi ke sekolah. Ingin bercerita apa yang berlaku hari tu dengan abang handsome. Confirm diorang semua jeles. Hehehe. Abang handsome a.k.a abang Haizril melangkah masuk ke dalam lif bersama housemate dia dengan lengkap beruniform pilot. Tiba-tiba pintu lif di tingkat 6 terbuka sendiri malahan tiada sesiapa pun yang menekan tingkat tersebut.

Semua yang dalam keadaan mamai tu terkejut melihat tingkat 6 penuh dengan kayu, berhabuk dan bersarang labah-labah. Cepat-cepat je housemate dia menekan butang tutup. Seramlah juga. Sepanjang aku stay sini inilah kali pertama berlaku. Dahlah pagi-pagi buta benda ini terjadi. Tak lama kemudian, pintu lif terbuka di tingkat 2 pula dan keadaannya hampir sama dengan tingkat 6 tadi.

Semua dalam lif tersebut diam dan tiada sorang pun yang menekan butang tutup. Akhirnya, pintu lif tu tertutup dengan sendiri dan kami semua menarik nafas lega. Abang Haizril menuduh housemate dia kerana tertekanlah apalah dan secara tak sengaja aku tergelak melihat gelagat diorang dipagi hari yang mencuit hati aku. Semua memandang aku pelik dan aku berkata "Ehem. Sorry tergelak tadi. Tak payah main tuduh-tuduhlah. Maybe 'benda' tu hanya nak bergurau dengan kita je"

Last-last abang Haizril meminta maaf dengan housemate dan aku tersenyum. Opss! Dia kenyit mata lah pula. Cepat-cepat aku memandang keatas. "Thank you sis" kata abang Haizril melangkah keluar dari lif. Abang Hafiz bertanya "Ryn kenal ke diorang semua tu?" "Tak kenal pun tapi selalulah terserempak dengan diorang kat swimming pool dan dalam lif." "Tak ada papelah" "Ke abang jeles?" "Ish! Manadalah" "Mengaku jelah abang oiii" kata Haizryn sambil ketawa mengusik abang Hafiz.

Sampai je Haizryn terus berlari menuju ke kelasnya dan memanggil semua sahabat-sahabatnya. "Guys! Saya dah tahu da nama abang handsome tu" kata Haizryn dengan bongkak. "Cepatlah bagitahu" kata mereka serantak. "Nak bagitahulah ni. Sabar. Sabar. Hehehe" kata Haizryn sambil tergelak melihat gelagat mereka. "Nama dia Haizril" sambung Haizryn.

"Haizril?" jerit mereka serentak. "Yeah!" jawab Haizryn sambil menayang muka Annoying. Ingat aku tipulah tu. "Betullah." sambung Haizryn dan dia menceritakan apa yang berlaku sepanjang cuti persekolahannya itu termasuklah kejadian pagi tadi. Akhirnya, mereka semua percaya apa yang diceritakan olehnya. Fuhh!



To Be Continue...
ThanksForReading (:

Why I like You? (Part 3)

Farah sudah pergi ke tandas untuk menyalin pakaian renangnya. Haizryn pula mengeluarkan buku latihan Mathematics dan alat tulisnya. Punyalah fokus buat latihan sampai Farah datang ke arahnya pun tak dipandangnya. Tiba-tiba dia merasakan ada orang perhatikannya, terus dia memandang ke swimming pool yang berada di depannya.

'Eh,tukan mamat tadi. Kenapa dia pandang sini? Jap, kat sebelah aku ni ada orang ke?' getus hati Haizryn sambil menolah kiri kanan. Aik? tak da orang pun. Dah tu, dia pandang siapa? Nak kata dia pandang Farah tapi elok je Farah berenang lam pool tu. Taklah dia pandang aku kot. Ke baju aku koyak? Seluar koyak? All clear.

Apa kata kau try senyum kat dia, Haizryn dan kita tengok apa respons dia. Eh? Dia senyum baliklah. Aduh! Gawat ni. Apa masalah mamat tu ya. Nak kata aku lawa rasanya Farah lagilah lawa. Haish buta kot mamat tu. Ah! Lantaklah baik aku siapkan latihan aku sebab aku ada test.

Tiba-tiba handphone haizryn berbunyi. Terus Haizryn menekan butang hijau. "Hello assalamualaikum abang Hafiz" "Waalaikummussalam Ryn. Abang minta maaf sebab lambat. Abang dah keluar rumah da ni. Tadi abang tertidur kat sofa lepas mandi. Sorry tau." dengan panjang lebar penjelasan abang Hafiz belum sempat aku nak tanya dia dah explain. Ni mesti tak nak kena bebel ngan aku. Hehehe.

"Okaylah abang. Ryn nak siapkan latihan ni haaa. Esok ada test. Jumpa nanti okay? Bye" Haizryn menamatkan perbualannya itu. Jap, kenapa aku rasa cam ada orang perhatikan aku lagi ni? Ini mesti mamat tu. And yes mamat tu pandang sini lagi laaa. Haru-haru. Tak pa buat tak tahu je dan senyum je kat dia. Senyum tu kan sedekah. Perghhh dapat pahala free. Hehehe.

Tak lama kemudian abang Hafiz datang "Ryn,abang minta maaf bla bla bla." Ni haa sorang lagi suka sangat minta maaf tak berhenti selagi tak kena bebel selagi tulah dia duk 'maaf Ryn'. Adeh. Stresslah cam ni. Relax. "It's okaylah abang Hafiz. Lagipun Ryn tak perasan pun yang abang lambat sebab Ryn asyik gila buat latihan ni." "Ryn tak marah?" tanya abang Hafiz. "Taklah. Kenapa abang nak tengok Ryn marah-marah? Ataupun abang nak tengok Ryn membebel macam nak nenek? Abang pilih" kata Ryn sambil tersenyum mengejek.

"Hehehe. Abang tak pilih dua-dua. Seram. Mau sebulan abang pekak." kata abang Hafiz sambil ketawa. "Dah tu jangan nak sorry Ryn bla bla bla. Bosan tau. Dahlah pergi main jauh-jauh." Haizryn terus menyiapkan kerjanya yang tergendala tadi. Tiba-tiba je Farah menjerit "Weh! Ryn! Kau tak bagitahu pun yang abang Hafiz join" dan abang Hafiz buat lambaian ratu mengalahkan Miss World dengan muka kelat.

"Sorrylah Farah. Lam kepala otak aku cuma nak buat latihan je lupa nak bagitahu yang abang Hafiz join sama. Hehehe" balas Haizryn sambil menyiku abang Hafiz. Sukalah tu Farah bila abang Hafiz ada confirm jap lagi ada drama korea. Hahaha. "Aduh! Sakitlah abang Hafiz! Apa ni main liku-liku orang ni." marah Haizryn. Sakit siot. Boleh koma sebulan kalau kena cam gini hari-hari.

"Tulah. Suka sangat kenakan orang. Kan dah kena. Rasakan." perli abang Hafiz. Eh,mama tu tergelaklah. Kelakar ke? I don't think so. Aku kena siasat siapa mamat tu. Yup. Itu janji aku. "Abang Hafiz, Ryn nak minta tolong boleh? Errr." gagaplah pula. "Tolong apa?" "Tolong belikan icecream boleh? Dahagalah." "Aik? Kalau dahaga pergilah minum air bukannya icecream." abang Hafiz membebel cam mak nenek sudah.

"Alaaaaa. Ni denda tau sebab abang lambat. Hehehe. Please" buat muka kasihan sikit confirm abang Hafiz akan kata yes dan dia takkan berani nak kata no. "Yala. Yala. Tunggu sini tau. Abang pergi beli jap kat bawah tu." abang Hafiz sudah berdiri meninggalkan Haizryn yang sedang membuat latihannya. "Abang jangan lupa belikan untuk buah hati abang tu sekali" jerit Haizryn sambil tersengih macam kerang busuk. Abang Hafiz tidak membalas jeritan Haizryn tadi malah dia menunjukkan pernumbuk. Hehehe. Tengok. Kan aku dah kata dia takkan beranilah nak kata no. Hahaha. Kejamlah kau ni Ryn.

"Ryn, mana abang Hafiz aku?" tanya Farah sambil melabuhkan punggungnya duduk bersebelahan dengan Haizryn. "Oh! Dia pergi beli Icecream untuk aku" "Dia tak belikan untuk aku sekali ke?" tanya Farah dengan muka kelat. Hahaha. Kenapa kau nak tocuhing Farah weh? Mestilah dia beli untuk kau juga. Tunggu je la nanti. Haizryn hanya tersenyum ke arah Farah.

'Lambatlah pula abang hafiz ni. Aku punyalah dahaga gila ni.' getus hati Haizryn sambil mengemas buku dan alat tulis. Sekali dia terpandang towel yang berada di kerusi berhampiran dengan Farah. "Farah kau tak nak pergi hantar towel ke?" tanya Haizryn. "Nak hantar tapi rasa macam tak da mood je." kata Farah mencuka. "Kau nak badmood apa kes? Meh, sini aku tolong hantarkan" dengan cara ni je aku boleh tau nama mamat tu.

"Nah! Ambillah" kata Farah. Haizryn sudah bangun meninggalkan Farah yang sedang badmood. Hahaha. Tak sabar rasanya nak tengok drama korea yang akan bersiaran langsung sebentar sahaja lagi. Semasa Haizryn ingin memulangkan towel tersebut dia terserempak dengan mamat tu. Senyum Haizryn. Eh, dia balaslah. Relax. Stay cool Haizryn. Haizryn cuba untuk mengintai nama mamat tu sekali "Ryn buat apa tu?" tanya abang Hafiz.

Aduh! Sikit je lagi nak tau. Kacau line betullah abang Hafiz ni. Nak je aku baling towel ni kat muka dia. "Tak dalah abang. Ryn nak hantar towel Cik Farah abang ni haaa. Dia mogok ngan abang sebab Ryn cakap yang abang belikan icecream untuk Ryn" kata Haizryn sambil tersenyum. Tak pa Ryn maybe oneday kau taulah nama mamat tu. "Oh. Yake?" tanya abang Hafiz. Haizryn hanya mengangguk kepala dia.

Sesudah selesai semua tu, Haizryn dan abang Hafiz melangkah ke arah Farah yang sedang duduk di kerusi. "Nah! Makanlah icecream ni. Abang belikan untuk Farah. Dah tak payah nak badmood sangatlah. Buruk." kutuk abang Hafiz dengan selamba je. "Abang belikan untuk Farah juga? Terima kasih abang. Ni sayang lebih ni." kata Farah sambil tersenyum lebar. Haizryn hanya ketawa melihat gelagat mereka berdua. Abang Hafiz lak buat mimik muka nak termuntah. Itulah padah kalau melayan Cik Farah yang gedik mengalahkan Mak Kiah je.


Keesokan harinya, Haizryn dan abang Hafiz sudah bersiap untuk ke sekolah bersama. Mereka berdua menuruni lif sekali pintu lif terbuka. Alangkah terkejutnya Haizryn melihat mamat semalam tu dengan lengkap beruniform melangkah masuk dengan senyum menggoda. Cair okay! Memang cair pun. Eh, dia dah kerja ke? Tapi muka cam student lagi. Pilot? Tak pa. Kau ada banyak masa lagi nak siasat macam detective conan. Kau tunggulah abang handsome. Azam baru Haizryn.

Haizryn melangkah masuk ke kelasnya dengan gaya macho. 'Poyo gila minah ni. Nak je aku lempang laju-laju. Nasib baik kau tu kawan aku kalau tak dah lama kau kena Ryn oi' getus hati Yati. "Assalamualaikum Guys!" kata Haizryn sambil tersenyum. 'Ni mesti ada pape ni kalau dah senyum macam tu.' getus hati Hanis.
"Waalaikummussalam Ryn" jawab mereka semua dengan serentak.

"Apa cerita weh? Sampai senyum lebar tu?" tanya Wanis. "Oh! Semalam saya jumpa sorang mamat ni. Handsome gila dan tadi pun terserempak lam lif. Senyuman dia Perghhh! Boleh melting weh" kata Haizryn. "Handsome macam mana tu? Student lagi ke?" tanya diorang semua dengan serentak. Aik? semangat pula diorang semua ni. Oh, mungkin aku jarang menunjukkan minat bila diorang bercerita pasal lelaki dan hari ni pecah rekod aku. Hahaha.

"Sabarlah. Nak ceritalah ni. Laju je kan korang" belum sempat Haizryn berkata sudah ada salah seorang dari mereka memotong kata Haizryn. "Haruslah sebab awak kan jarang cakap sal lelaki. Macam tak da hati dan perasaan je. Cepatlah cerita. Dia macam mana? Hot? Sexy?" kata Amanda. "Yala. Yala. Saya ni tak da hati dan perasan terhadap lelaki tapi serious semalam dan hari ni boleh tergugat iman tau kalau tengok dia. Okay. Dia handsome, hot, sexy dan tough" Ternganga diorang semua apabila dengar cerita Haizryn. Terasa macam tak percaya je bila Haziryn puji lelaki.

Serentak diorang bertanya "Awak okay ke Ryn?" "I'm okay. Why? Pelik sangat ke kalau saya puji dia? Dah korang juga yang tanya dia macam mana kan? Tapi itu hanya pada pandangan saya. Well, saya kan jarang puji lelaki confirm kalau korang tengok mesti melting sampai meleleh air liur basi korang tu. Hahaha" Hambik kau tadi perli aku sangat kan. Haizryn sudah mengundurkan dirinya dari gang dia sambil tersenyum jahat.

Kembang kempis je lubang hidung diorang menandakan diorang sedang berangin. "Jahatnya Ryn! Kejar dia!" jerit mereka semua. Serentak pula tu. Akhirnya, mereka semua mengejar Haizryn secara berjemaah kerana terasa diri diorang diperli secukup rasa dengan Haizryn. Apatah lagi Haizryn hanya ketawa sambil berlari mengeliling kelasnya. Kecoh kejap lam kelas itu. Hampir semua pelajar dari kelas lain keluar ingin melihat apa yang berlaku di kelas 3 Cekal.

Mereka semua menangkap Haizryn dan memukulnya. Serentak itu diorang semua ketawa. "Amboi-amboi. Happynya korang ni. Dah-dah pergi duduk kat tempat masing-masing. Kejap lagi pengetua akan masuk lam kelas korang dan dia akan ganti Cikgu Ayu bagi matapelajaran Mathematics." ujar Cikgu Rokiah. "Cikgu! Test tu ada ke?" tanya salah seorang pelajar dari kelas Haizryn. "Cikgu pun tak tahu. Kamu semua tunggu jelah pengetua masuk nanti ya dan jangan bising" Lalu Cikgu Rokiah meninggalkan kelas tersebut.

"Ryn, saya nak pergi rumah awak petang ni boleh? Yala. Saya pun nak tengok abang handsome tu. Hehehe." kata Nasitah sambil tersengih mengusik. "Boleh je. Tapi abang tu saya punya tau" jawab Haizryn dengan selamba. "Alaaaaa. Mana aci. Sharelah. Sharing is caring kan." kata Azlin dan yang lain hanya mengangguk bersetuju apa yang dikatakan oleh Azlin itu.

"Mana boleh! Saya yang nampak dia dulu. Jadi dia yang saya punya. Apa kata kalau korang semua datang je hari sabtu ni? Boleh buat Study group kat swimming pool tu. Manalah tau kan kalau abang handsome korang tu tengah swim ke? Memang takat leleh lah korang nanti. Hahaha" cadang Haizryn dengan selamba je dia mengusik gang dia.

Laju je diorang semua bersetuju. "Okay! Set!" Mereka semua memulakan pempelajaran seperti biasa apabila pengetua sekolah mereka memasuki kelas mereka.



To Be Continue...


ThanksForReading (:

Why I like You? (Part 2)

Jam sudah menunjukkan pukul 2.15 petang. Haizryn berlari ke kelas tambahan Cikgu Mawar. 'Habislah aku jap lagi kena bebel dengan Cikgu Mawar. Dahlah Cikgu tu banyak soal cam penyiasat je. Ini semua salah abang Hafiz cam lah dia tak boleh tunggu lepas kelas tambahan.'

 "Assalamualaikum! Maaf sebab lambat saya pergi jumpa abang Hafiz, Cikgu." kata Haizryn sambil mintak nyawa. "Waalaikummussalam. Masuk jelah. Lagipun Cikgu meeting dekat bilik mesyuarat dan Cikgu ada bagi homework suruh kitorang semua study." kata Syikin selaku ketua kelas 3 Cekal.

 "Fuh! Alhamdulillah. Lega Cikgu tak da. Ceh! Buat penat je aku lari patutnya aku jalan cam Mak Limah je tadi" rungut Haizryn sambil melangkah masuk ke dalam kelasnya. "Weh, apa cerita sal abang Hafiz tu? Dia nak apa?" tanya Syikin and the gang. "Oh,pasal tu. Dia tanya betul ke tadi ada orang luahkan perasaan kat saya. Itu je. Siapalah kaki report ni?" kata Haizryn sambil mengeluarkan buku latihan matapelajaran sains.

 "Itu je ke dia nak tau?" tanya mereka dengan serentak."Weh, slow down lah sikit volume tu. Korang nak satu kelas dengar ke? Dan saya tak pekak lagi sampai korang semua nak jerit." Nasib kau Haizryn. Tulah siapa suruh ada abang angkat yang kacak dan digilai pelajar perempuan sekolah tersebut. Tambahan pula, abang angkat dia memang kaki sibuk nak ambil tahu segala pasal dia samada disekolah mahupun dirumah. Naik rimas dibuatnya.

"Dahlah. Jom siapkan homework yang Cikgu Mawar bagi tadi." kata Azlin sambil mengiapkan kerjanya. Mereka menyiapkan kerja tersebut dengan berbincang secara berkumpul. Akhirnya, berjaya juga menyiapkan kerja tersebut dan diserahkan kepada ketua kelas iaitu Syikin. Semasa Haizryn dan Syikin pergi ke bilik guru , Mereka berdua terserempak dengan abang Hafiz. Syikin sudah tersenyum melihat kelibat abang Hafiz manakala Haizryn pula mencebik.

 "Hai, korang buat apa kat sini? Hantar buku latihan ke?" sapa abang Hafiz. "Yala abang Hafiz. Taklah nak tanam sayur pula dekat sini." jawab Haizryn dengan muka kelat. Abang Hafiz dan Syikin ketawa mendengar jawapan Haizryn. "Abang Hafiz, kitorang minta diri dulu eh? Nanti apa pula kata Cikgu Mawar" kata Syikin untuk mengelak dari abang Hafiz disindir oleh Haizryn.

 "Baiklah. Jalan baik-baik kalau jatuh abang juga yang susah. Oh,ya Ryn balik dengan abang kan? Nanti tunggu abang kat tempat biasa." Haizryn hanya mengangguk kepalanya berlalu pergi ke bilik guru. "Handosme lah abang Hafiz tu. Kalaulah aku jadi girlfriend alangkah indahnya dunia" tanpa segan silu Syikin berangan. Haizryn hanya mampu geleng kepala melihat gelagat sahabatnya itu.

 Tepat pukul 4petang Haizryn menuruni tangga sekolahnya berjalan pergi ke tempat yang dijanjikan. Haizryn melihat abang Hafiz sedang berbual dengan seorang pelajar perempuan. Abang Hafiz melambai ke arahnya sambil tersenyum lebar. Haizryn membalas lambaian abang Hafiz dengan lambaian ratu tapi matanya kearah pelajar perempuan tersebut. 'Tak puas hatilah tu. Ada aku kisah' getus haizryn.

Tiba-tiba seorang pelajar lelaki menjerit "Haizryn tunggu kejap!". Haizryn menolah ke belakang ingin mengetahui siapa yang memanggilnya tadi. 'Alamak! Mamat ni lagi. Aduh! Habislah nanti confirm kena bebel dengan abang Hafiz.' "Hai Ryn." sengih Eskandar. "Assalamualaikum, Eskandar. Ada apa eh?" tanya Haizryn dengan nada sindir.

"Waalaikummussalam Ryn. Hehehe. Saya errr." Gagaplah pula. "Awak nak apa sebenarnya? Tak boleh nak tunggu esok ke? Dah lewat dah ni saya nak balik" putus Haizryn melangkah ke arah abang Hafiz yang sedang merenung tajam ke arahnya. "Maaf bang. Tadi ada orang panggil. Jom balik. Driver abang dah tunggu tu. Kita story dalam kereta nanti ada pula orang menyampuk" kata Haizryn sambil menjeling ke arah pelajar perempuan disebelah abang Hafiz.

"Okay" putus abang Hafiz melangkag masuk ke dalam kereta milik ayahnya. "So apa cerita tadi tu?" "Kes nak selamatkan diri lah. Sikit-sikit haizryn sihat? Sikit-sikit Haizryn cam mana belajar tadi? Arghhh! So annoying." "Hahaha. Tulah orang famous amous kan. Susah." Hafiz ketawa mendengar Haizryn membebel macam mak nenek.

"Petang ni study kat swimming pool ke?" tanya Hafiz. "A'ah. Maybe lepas asar la kot Ryn pergi sana. Dahlah banyak gila homework abang nak join ke? Jomlah." ajak Haizryn sambil tersengih menayangkan gigi putihnya. "Okay! Nanti abang join Ryn turun dululah tak payah tunggu abang eh?" Haizryn hanya mengangguk kepalanya.

Haizryn pulang kerumahnya. Terus bersihkan diri dan menunaikan solat asar. Selepas semuanya selesai dia mengemas buku teks dan buku latihan yang hendak dibawak bersamanya nanti. Tiba-tiba Bell berbunyi Haizryn berlari ke pintu rumahnya. "Laaa. Kau ke Farah? Ada apa? Mailah masuk dulu aku nak kemas buku jap lagi nak pergi swimming pool nak study sikit kat sana" "Okay. Eh,kebetulan pula memang aku mai nak ajak kau pergi pool pun. Kau nak swim ke?" tanya Farah sambil mengikut Haizryn ke bilik tidurnya.

 "Taklah. Aku nak study je lagipun esok ada Test." ujar Haizryn sambil mengemas buku-buku yang berselerak di atas meja studynya. "Oh,okay tapi aku nak swim lah dah lama tak swim" kata Farah sambil tersenyum. "Jomlah kita pergi nanti ramai pula orang ambil tempat." Haizryn sudah menggalas beg dibahunya melangkah keluar. Sesudah mengunci pintu rumah. Mereka berdua melangkah ke swimming pool yang dimaksudkan.

Semasa menuruni lif tiba-tiba sahaja pintu lif itu terbuka. Haizryn sibuk membelek buku ditangan. Sekali terasa perit dipinggangnya. Segera menolah ke tepi memandang Farah yang sedang memuncungkan sedikit mulutnya kedepan. Haizryn melihat mamat yang berada dihadapannya. 'Perghhh! Handsome gila. Dahlah tough. Eh,jap tapi aku tak pernah lihat mamat ni sebelum ni. Mungkin dia baru pindah kot.' getus hati Haizryn.

"Ryn, kau tengok mamat tadi kan? Gilalah. Handsome siot. Melting wehh. Kalaulah dia jadi pakwe aku. Perghhh! Best gila." kata Farah sambil tersengih macam kerang busuk. Hanya mampu geleng kepala sahaja bila Farah bercakap bukannya tahu berhenti. Duk pokpekpokpek 24 jam. Nasib baiklah aku tak sekolah sekali dengannya kalau tak haru hidup aku. Hahaha. Sorrylah cik Farah terngumpat kau pula.



To Be Continue...
ThanksForReading (:

Why I like You? (Part 1)

Seorang kanak-kanak berlari ke arah pintu balai ketibaan dimana semua penumpang, juruterbang dan anak-anak kapal keluar dari situ. Apabila juruterbang dan anak-anak kapal melangkah keluar dari pintu tersebut maka bersoraklah kanak-kanak tersebut.

  "Mama! Papa! Tengok pilot dah keluar!" kata kanak-kanak tersebut sambil melompat-lompat."Mama! Papa! Suatu hari nanti, kakak nak jadi macam diorang tu. Boleh terbang sana sini." sambungnya lagi.

  Salah seorang dari mereka melangkah ke arah kanak-kanak tersebut sambil tersenyum."Adik nak jadi pilot bukan satu tugas yang mudah, terbang sana sini malahan besar tanggungjawab seorang pilot ni" kata juruterbang tersebut sambil usap kepala kanak-kanak itu."Jika itu cita-cita adik maka jadilah pilot wanita yang pertama dalam industri ini dan pakcik doakan supaya cita-cita kamu tercapai" sambungnya lagi.

  "InsyaAllah dan terima kasih pakcik" kata kanak-kanak itu sambil tersenyum dan menghulurkan tangan ingin bersalam dengan pakcik tersebut sebelum melangkah pergi kearah kerusi yang berdekat dimana ibubapa kanak-kanak itu sedang duduk berbual sesama sendiri.

 "Mama! Papa! Nanti kakak dah besar dan dah habis belajar kakak nak jadi pilot." kata kanak-kanak tersebut sambil tersenyum gembira. "Mama dan papa akan doakan supaya kakak menjadi macam mereka tadi. Jom kita pergi ke balai perlepasan nanti terlepas pula penerbangan kita" kata mama kepada kanak-kanak tersebut.

Beberapa tahun kemudian.

"Fuh! Penatnya sekolah hari ini. Lepas ini kita ada kelas tambahan ke Nasitah?" tanya Haizryn kepada Nasitah sambil mengemas buku teks kedalam beg sekolah mereka.

"A'ah. Lepas ni kita ada kelas tambahan pukul 2 petang jadi sempatlah kita nak makan dan solat dulu" jawab Nasitah.

"Okaylah kalau macam tu kita pergi solat dulu pastu baru pergi makan" kata Haizryn sambil memandang kawan-kawan yang lain. Mereka semua bersetuju dengan cadangan Haizryn. Mereka semua menuju ke arah sebuah surau sekolah yang terletak berhampiran dengan kantin sekolah mereka.

Sesudah mereka menunaikan solat zohor berjemaah, mereka menuju ke kantin sekolah untuk makan tengah hari sebelum kelas tambahan mereka bermula. Tiba-tiba je ada seorang pelajar lelaki menuju ke arah meja mereka dan berkata "Haizryn, abang Hafiz nak jumpa awak kat kelas dia sekarang juga". Tanpa menunggu jawapan dari Haizryn pelajar tersebut melangkah pergi meninggallan Haizryn dalam kebingungan.

"Apalagi abang Hafiz mahukan dari awak, Haizryn?" tanya Syikin sambil menyuap makanan kemulutnya. "Entahlah. Saya pun tak pasti apa yang abang Hafiz mahukan kali ini" kata Haizryn sambil menyudahkan makanan yang tinggal dalam mangkuk tersebut sebelum melangkah pergi ke kelas abang Hafiz. "Nanti tolong bagitahu Cikgu Mawar yang saya lambat sikit masuk kelas dia dan tolong bawak beg sekolah saya juga. Terima kasih sahabat" sambung Haizryn sambil tersenyum meninggalkan kumpulan dia sedang menikmati makan tengah hari.

"Assalamualaikum!" Haizryn memberi salam kepada semua pelajar lam kelas 5 Adil sambil melilau mencari kelibat abang Hafiz. Abang Hafiz melangkah ke arahnya dengan kelam balut sambil tersengih. "Waalaikummussalam, Haizryn. Kita bincang kat luar kelas ya?" "Baiklah" jawab Haizryn sambil mengikut langkah abang Hafiz.

"Apa yang abang Hafiz mahukan sampai suruh pelajar lelaki datang jumpa Ryn suruh Ryn jumpa abang ni? tanya Haizryn sambil melihat jam dipergelangan tangannya tanpa menolah sikitpun ke arah abang Hafiz yang berada disisinya. "Abang nak tanya betul ke tadi ada orang luahkan perasaan kat Ryn? Hurm." tanya abang Hafiz sambil memandang tepat ke mata Haizryn.

"Ohh! Pasal tu ke? A'ah. Memang pagi tadi lepas perhimpunan ada orang luahkan perasaan kat Ryn tapi Ryn cakap terima kasih je kat dia sebab Ryn nak study dulu malaslah nak fikir sal couple-couple ni. Rimas." jawab Haizryn. 'Siapalah kaki report ni sampaikan mamat ni tahu? Ish! Geram betullah.' kata Haizryn lam hati.

"Ohh! Baguslah kalau Ryn tolak. Fuh! Lega kejap" kata abang Hafiz menarik nafas lega. "Okaylah. Itu je yang abang nak tahu. Maaflah kalau abang ambil masa Ryn" sambungnya sambil tersengih menampakkan barisan giginya yang tersusun rapi.

"Ceh! Buang masa je datang sini. Ingatkan ada perkara penting yang abang nak tanya rupa-rupa benda alah ni je. Macam tak leh tunggu lepas kelas tambahan ke?" bebel Haizryn sambil memukul lengan abang Hafiz. "Eh! Benda alah Ryn kata? Ni perkara penting tau sebab tulah abang panggil Ryn datang jumpa abang. Hehehe. Taulah siapa abang ni dekat hati Ryn?"

'Aduh! Ini yang aku tak suka ni. Aku nak blah cecepat sebelum dia merapu entah pape. Nanti aku jugak yang stress kena layan dia.' kata hati Haizryn. "Apa yang abang merepek ni? Ryn dah lambat dah ni. Ryn pergi dulu eh? Assalamualaikum." Haizryn terus berlari tanpa menunggu Hafiz menjawab salamnya.

'Ryn ohh Ryn. Nak mengelaklah tu. Abang tau dah muslihat Ryn tu.' geleng kepala Hafiz melihat Haizryn berlari macam lipas kudung nak tergelak pun ada juga.





To Be Continue....

ThanksForReading (: