FOLLOWERS

Why I like You? (Part8)

I'm home! Alahai sukanya dapat balik rumah ni. Hampir 12jam aku berada dalam bas malam tadi dan pagi tadi. Yala. Macam mana tak cramp aku punya butt bas tu boleh pulak rosak tengah jalan dekat selekoh lak tu tepat pada pukul 2 pagi tengah-tengah hutan. Seram gila. Itulah driver bas ni pun satu boleh pulak pasang lagu dangdut kuat-kuat pelatih lain yang tidur pun terganggu.

Tunggu punya tunggu pukul 9pagi baru bas satu lagi sampai. Yala cuti raya cina kan semua bas penuh tambahan pula manada extra bus. Nasib kau lah Haizryn malang gila. Tepat pukul 12.30tengah hari baru sampai dekat stesen bas Kota Bharu. Alhamdulillah.

"Kruk kruk" perut aku berbunyi menandakan lapar tahap dewa. "Lapar sangat ke kakak?" tanya papa sambil membelok ke Mcd. "A'ah. Nak breakfast macam mana bas tu rosak tengah jalan plus dekat selekoh lak tu" "Tak pa. Nanti papa beli Mcd" aku hanya mengangguk kepala. Penat gila dengan tak mandi lagi. Busuk plus masam.

Selepas solat zohor sekali abang Hafiz call "Hello, assalamualaikum Ryn. Ni abang ni" ceh, abang Hafiz ganggu jelah orang nak rehat-rehat. "Waalaikummussalam ya abangku sayang. Nak apa?" "Wahhh. Abang tahu Ryn rindu abang sebab itu abang call. Hehehe" uwaaaaa. Dia perli aku siotlah abang Hafiz ni. Tak apa. Sabar Ryn sabar.

"Hah! Perlilah perli. Ryn letak phone ni baru abang tahu" gertak aku dan terdengar abang Hafiz ketawa mengejek aku. Cis! Kurang asam jawa betullah mamat ni. "Relaxlah Ryn. Abang gurau je. Jom lepak kat pool. Boleh lah cerita pasal PLKN dan APFT." pujuk abang Hafiz macam tau-tau je aku tengah bengang dengan dia.

"Tak nak lah bang. Ryn penatlah. Tadi baru je sampai." kata aku sambil jual mahal. Hehehe. Padan muka kau abang Hafiz. Baru kau tahu siapa Haizryn yang sebenarnya. Hahaha. " Alaaaa. Bolehlah. Please" rayu abang Hafiz. Adehhh! Ini yang buat aku lemah ni. "Yala. Yala. Lagi 5minit Ryn turun" kata Ryn sambil memutuskan talian.

"Hah! Jauh termenung!" sergah abang Hafiz. "Ohh. Kau handsome" Haizryn melatah akibat disergah oleh abang Hafiz. Aduh! Jatuh bursa saham aku. Abang Hafiz pula mengilai mengalahkan langsuir je. Terus aku jeling 360 darjah. Saje je nak kasi aku panas. "Sorry abang gurau je tadi. Janganlah marah. Eh, mana Cik Farah yang suka berdrama tu? Tak ikut sekali ke?" tanya abang Hafiz ingin menukar topik. Sajelah tu tak nak kasi aku boom dia.

"Tadi abang call nak jumpa Ryn bukannya nak jumpa Cik Farah kesayangan abang kan?" tanya aku dengan nada menyampah. "Hahaha. Marah pula dia. Abang tanya je kalau-kalau Cik Farah ada sama tak bestlah kita nak date" usik abang Hafiz. Ini yang aku malas nak layan ni. Kalau tak layan nanti dia kata aku sombonglah apalah. Kalau melayan pula lain lak jadinya.

"Whateverlah bang" kata aku sambil memandang ke arah swimming pool. Kan best kalau dapat tidur kat sini dengan berangin redup cam ni. Perghhh. Masyuk wehh. "How's PLKN? Ada jumpa crush baru ke kat sana?" tanya abang Hafiz ingin tahu macam mana keadaan aku disana. "Alhamdulillah. Semua okay. Tak ada maknanya crush baru ni." jawab aku sambil tersenyum apabila mengingatkan balik macam mana suasana di PLKN tersebut.

"Yake tak ada ni?" tanya abang Hafiz dengan nada ragu-ragu. "Kata tak ada tapi tu yang Ryn senyum tu apa kes?" sambungnya lagi. "Betullah tak ada. Tiba-tiba je Ryn teringat balik suasana kat sana. Tak sangka boleh berkawan rapat walaupun tak sampai seminggu kat sana. Lepas tu ada orang sibuk minta number phone tapi bukan yang Ryn punyalah tapi kawan Ryn." jawab aku dengan panjang lebar tapi tak da lah panjang mana pun.

"So how's Apft?" tanya aku sambil memandang abang Hafiz. "So far so good" jawab abang Hafiz. Aik? Itu aje. Macam pelik je. "Abang cepatlah cerita macam mana kat sana?" desak aku sambil goncang bahunya. "Yala. Nak ceritalah ni. Sabarlah. Haishhh" marah abang Hafiz. "Hehehe. Sorry sorry. Go ahead" kata aku sambil minta ampun.

"Okay. Macam ni, mula-mula dia kena masuk kelas PPL" "PPL tu apa?" potong aku. "Ishh! Budak ni sabarlah." sekali abang Hafiz sekeh kepala aku. Adehh! Boleh tahan sakit. "PPL tu Private pilot license. Dia ada 5 subjects iaitu Meteorology, General navigation, Human performance limitation, Airlaw and Communication. Selepas pass all papers baru masuk phase 1 and phase 1 pula ada 8 subjects iaitu Airlaw, Human performance limitation, Principal of flight, Airframe, Powerplant, Electric, and Communication"

"Bang tu baru 7 subjects bukan 8" tanya aku sambil kira subjects yang abang Hafiz cerita. Banyak gila wehh. Boleh ke aku nak jadi pilot ni? "Communication tu terbahagi kepada 2 pula bla bla bla" abang Hafiz bercerita dengan semangatnya dan entah macam mana aku boleh tertidur. 30 minit kemudian, aku tersedar dari tidur dan tiba-tiba je aku terdengar ada orang kutuk aku dengan selamba badak je "Buat penat je orang bercerita boleh pulak dia tidur. Ingat bedtime story ke apa?" Aku hanya mampu tersengih.

"Sorrylah bang. Ryn penatlah. Sampai pun tengah hari tadi. Patutnya sampai pukul 9pagi tapi bas pulak rosak. Sorry" aku meminta maaf kat abang Hafiz bukan sengaja nak tertidur ni. Serious tak ada niat langsung. "Okay. Kalau Ryn nak maaf Ryn tu diterima Ryn kena belanja abang makan Pizza hut boleh?" "Yala. Yala. Ryn belanja. Jomlah kita pergi pizza hut. Lapar gila ni" aku terus bersetuju dengan cadang abang Hafiz kebetulan pula aku tengah kelaparan padahal tadi dah melantak 2 bijik big mac. Dasar manusia keluburan.

Semasa melepak di pizza hut dengan abang Hafiz masa tulah dia duk cerita pasal flying siap tunjuk gambar tu. Gila bapak best. Jellyfish. Tak lama lagi abang Hafiz akan habiskan single engine dan dia akan start simulator and twin engine. Tak lama tu, graduate! Wahhh bangga plus jellyfish. Abang Hafiz ada juga cerita theory paper ni sangat susah sampaikan ada yang berkali-kali kena ambil balik exam tu lepas tu kena bayar. Bukan free.
                                                                                                                                                                     

To Be Continue...
ThanksForReading (: