'Eh,tukan mamat tadi. Kenapa dia pandang sini? Jap, kat sebelah aku ni ada orang ke?' getus hati Haizryn sambil menolah kiri kanan. Aik? tak da orang pun. Dah tu, dia pandang siapa? Nak kata dia pandang Farah tapi elok je Farah berenang lam pool tu. Taklah dia pandang aku kot. Ke baju aku koyak? Seluar koyak? All clear.
Apa kata kau try senyum kat dia, Haizryn dan kita tengok apa respons dia. Eh? Dia senyum baliklah. Aduh! Gawat ni. Apa masalah mamat tu ya. Nak kata aku lawa rasanya Farah lagilah lawa. Haish buta kot mamat tu. Ah! Lantaklah baik aku siapkan latihan aku sebab aku ada test.
Tiba-tiba handphone haizryn berbunyi. Terus Haizryn menekan butang hijau. "Hello assalamualaikum abang Hafiz" "Waalaikummussalam Ryn. Abang minta maaf sebab lambat. Abang dah keluar rumah da ni. Tadi abang tertidur kat sofa lepas mandi. Sorry tau." dengan panjang lebar penjelasan abang Hafiz belum sempat aku nak tanya dia dah explain. Ni mesti tak nak kena bebel ngan aku. Hehehe.
"Okaylah abang. Ryn nak siapkan latihan ni haaa. Esok ada test. Jumpa nanti okay? Bye" Haizryn menamatkan perbualannya itu. Jap, kenapa aku rasa cam ada orang perhatikan aku lagi ni? Ini mesti mamat tu. And yes mamat tu pandang sini lagi laaa. Haru-haru. Tak pa buat tak tahu je dan senyum je kat dia. Senyum tu kan sedekah. Perghhh dapat pahala free. Hehehe.
Tak lama kemudian abang Hafiz datang "Ryn,abang minta maaf bla bla bla." Ni haa sorang lagi suka sangat minta maaf tak berhenti selagi tak kena bebel selagi tulah dia duk 'maaf Ryn'. Adeh. Stresslah cam ni. Relax. "It's okaylah abang Hafiz. Lagipun Ryn tak perasan pun yang abang lambat sebab Ryn asyik gila buat latihan ni." "Ryn tak marah?" tanya abang Hafiz. "Taklah. Kenapa abang nak tengok Ryn marah-marah? Ataupun abang nak tengok Ryn membebel macam nak nenek? Abang pilih" kata Ryn sambil tersenyum mengejek.
"Hehehe. Abang tak pilih dua-dua. Seram. Mau sebulan abang pekak." kata abang Hafiz sambil ketawa. "Dah tu jangan nak sorry Ryn bla bla bla. Bosan tau. Dahlah pergi main jauh-jauh." Haizryn terus menyiapkan kerjanya yang tergendala tadi. Tiba-tiba je Farah menjerit "Weh! Ryn! Kau tak bagitahu pun yang abang Hafiz join" dan abang Hafiz buat lambaian ratu mengalahkan Miss World dengan muka kelat.
"Sorrylah Farah. Lam kepala otak aku cuma nak buat latihan je lupa nak bagitahu yang abang Hafiz join sama. Hehehe" balas Haizryn sambil menyiku abang Hafiz. Sukalah tu Farah bila abang Hafiz ada confirm jap lagi ada drama korea. Hahaha. "Aduh! Sakitlah abang Hafiz! Apa ni main liku-liku orang ni." marah Haizryn. Sakit siot. Boleh koma sebulan kalau kena cam gini hari-hari.
"Tulah. Suka sangat kenakan orang. Kan dah kena. Rasakan." perli abang Hafiz. Eh,mama tu tergelaklah. Kelakar ke? I don't think so. Aku kena siasat siapa mamat tu. Yup. Itu janji aku. "Abang Hafiz, Ryn nak minta tolong boleh? Errr." gagaplah pula. "Tolong apa?" "Tolong belikan icecream boleh? Dahagalah." "Aik? Kalau dahaga pergilah minum air bukannya icecream." abang Hafiz membebel cam mak nenek sudah.
"Alaaaaa. Ni denda tau sebab abang lambat. Hehehe. Please" buat muka kasihan sikit confirm abang Hafiz akan kata yes dan dia takkan berani nak kata no. "Yala. Yala. Tunggu sini tau. Abang pergi beli jap kat bawah tu." abang Hafiz sudah berdiri meninggalkan Haizryn yang sedang membuat latihannya. "Abang jangan lupa belikan untuk buah hati abang tu sekali" jerit Haizryn sambil tersengih macam kerang busuk. Abang Hafiz tidak membalas jeritan Haizryn tadi malah dia menunjukkan pernumbuk. Hehehe. Tengok. Kan aku dah kata dia takkan beranilah nak kata no. Hahaha. Kejamlah kau ni Ryn.
"Ryn, mana abang Hafiz aku?" tanya Farah sambil melabuhkan punggungnya duduk bersebelahan dengan Haizryn. "Oh! Dia pergi beli Icecream untuk aku" "Dia tak belikan untuk aku sekali ke?" tanya Farah dengan muka kelat. Hahaha. Kenapa kau nak tocuhing Farah weh? Mestilah dia beli untuk kau juga. Tunggu je la nanti. Haizryn hanya tersenyum ke arah Farah.
'Lambatlah pula abang hafiz ni. Aku punyalah dahaga gila ni.' getus hati Haizryn sambil mengemas buku dan alat tulis. Sekali dia terpandang towel yang berada di kerusi berhampiran dengan Farah. "Farah kau tak nak pergi hantar towel ke?" tanya Haizryn. "Nak hantar tapi rasa macam tak da mood je." kata Farah mencuka. "Kau nak badmood apa kes? Meh, sini aku tolong hantarkan" dengan cara ni je aku boleh tau nama mamat tu.
"Nah! Ambillah" kata Farah. Haizryn sudah bangun meninggalkan Farah yang sedang badmood. Hahaha. Tak sabar rasanya nak tengok drama korea yang akan bersiaran langsung sebentar sahaja lagi. Semasa Haizryn ingin memulangkan towel tersebut dia terserempak dengan mamat tu. Senyum Haizryn. Eh, dia balaslah. Relax. Stay cool Haizryn. Haizryn cuba untuk mengintai nama mamat tu sekali "Ryn buat apa tu?" tanya abang Hafiz.
Aduh! Sikit je lagi nak tau. Kacau line betullah abang Hafiz ni. Nak je aku baling towel ni kat muka dia. "Tak dalah abang. Ryn nak hantar towel Cik Farah abang ni haaa. Dia mogok ngan abang sebab Ryn cakap yang abang belikan icecream untuk Ryn" kata Haizryn sambil tersenyum. Tak pa Ryn maybe oneday kau taulah nama mamat tu. "Oh. Yake?" tanya abang Hafiz. Haizryn hanya mengangguk kepala dia.
Sesudah selesai semua tu, Haizryn dan abang Hafiz melangkah ke arah Farah yang sedang duduk di kerusi. "Nah! Makanlah icecream ni. Abang belikan untuk Farah. Dah tak payah nak badmood sangatlah. Buruk." kutuk abang Hafiz dengan selamba je. "Abang belikan untuk Farah juga? Terima kasih abang. Ni sayang lebih ni." kata Farah sambil tersenyum lebar. Haizryn hanya ketawa melihat gelagat mereka berdua. Abang Hafiz lak buat mimik muka nak termuntah. Itulah padah kalau melayan Cik Farah yang gedik mengalahkan Mak Kiah je.
Keesokan harinya, Haizryn dan abang Hafiz sudah bersiap untuk ke sekolah bersama. Mereka berdua menuruni lif sekali pintu lif terbuka. Alangkah terkejutnya Haizryn melihat mamat semalam tu dengan lengkap beruniform melangkah masuk dengan senyum menggoda. Cair okay! Memang cair pun. Eh, dia dah kerja ke? Tapi muka cam student lagi. Pilot? Tak pa. Kau ada banyak masa lagi nak siasat macam detective conan. Kau tunggulah abang handsome. Azam baru Haizryn.
Haizryn melangkah masuk ke kelasnya dengan gaya macho. 'Poyo gila minah ni. Nak je aku lempang laju-laju. Nasib baik kau tu kawan aku kalau tak dah lama kau kena Ryn oi' getus hati Yati. "Assalamualaikum Guys!" kata Haizryn sambil tersenyum. 'Ni mesti ada pape ni kalau dah senyum macam tu.' getus hati Hanis.
"Waalaikummussalam Ryn" jawab mereka semua dengan serentak.
"Apa cerita weh? Sampai senyum lebar tu?" tanya Wanis. "Oh! Semalam saya jumpa sorang mamat ni. Handsome gila dan tadi pun terserempak lam lif. Senyuman dia Perghhh! Boleh melting weh" kata Haizryn. "Handsome macam mana tu? Student lagi ke?" tanya diorang semua dengan serentak. Aik? semangat pula diorang semua ni. Oh, mungkin aku jarang menunjukkan minat bila diorang bercerita pasal lelaki dan hari ni pecah rekod aku. Hahaha.
"Sabarlah. Nak ceritalah ni. Laju je kan korang" belum sempat Haizryn berkata sudah ada salah seorang dari mereka memotong kata Haizryn. "Haruslah sebab awak kan jarang cakap sal lelaki. Macam tak da hati dan perasaan je. Cepatlah cerita. Dia macam mana? Hot? Sexy?" kata Amanda. "Yala. Yala. Saya ni tak da hati dan perasan terhadap lelaki tapi serious semalam dan hari ni boleh tergugat iman tau kalau tengok dia. Okay. Dia handsome, hot, sexy dan tough" Ternganga diorang semua apabila dengar cerita Haizryn. Terasa macam tak percaya je bila Haziryn puji lelaki.
Serentak diorang bertanya "Awak okay ke Ryn?" "I'm okay. Why? Pelik sangat ke kalau saya puji dia? Dah korang juga yang tanya dia macam mana kan? Tapi itu hanya pada pandangan saya. Well, saya kan jarang puji lelaki confirm kalau korang tengok mesti melting sampai meleleh air liur basi korang tu. Hahaha" Hambik kau tadi perli aku sangat kan. Haizryn sudah mengundurkan dirinya dari gang dia sambil tersenyum jahat.
Kembang kempis je lubang hidung diorang menandakan diorang sedang berangin. "Jahatnya Ryn! Kejar dia!" jerit mereka semua. Serentak pula tu. Akhirnya, mereka semua mengejar Haizryn secara berjemaah kerana terasa diri diorang diperli secukup rasa dengan Haizryn. Apatah lagi Haizryn hanya ketawa sambil berlari mengeliling kelasnya. Kecoh kejap lam kelas itu. Hampir semua pelajar dari kelas lain keluar ingin melihat apa yang berlaku di kelas 3 Cekal.
Mereka semua menangkap Haizryn dan memukulnya. Serentak itu diorang semua ketawa. "Amboi-amboi. Happynya korang ni. Dah-dah pergi duduk kat tempat masing-masing. Kejap lagi pengetua akan masuk lam kelas korang dan dia akan ganti Cikgu Ayu bagi matapelajaran Mathematics." ujar Cikgu Rokiah. "Cikgu! Test tu ada ke?" tanya salah seorang pelajar dari kelas Haizryn. "Cikgu pun tak tahu. Kamu semua tunggu jelah pengetua masuk nanti ya dan jangan bising" Lalu Cikgu Rokiah meninggalkan kelas tersebut.
"Ryn, saya nak pergi rumah awak petang ni boleh? Yala. Saya pun nak tengok abang handsome tu. Hehehe." kata Nasitah sambil tersengih mengusik. "Boleh je. Tapi abang tu saya punya tau" jawab Haizryn dengan selamba. "Alaaaaa. Mana aci. Sharelah. Sharing is caring kan." kata Azlin dan yang lain hanya mengangguk bersetuju apa yang dikatakan oleh Azlin itu.
"Mana boleh! Saya yang nampak dia dulu. Jadi dia yang saya punya. Apa kata kalau korang semua datang je hari sabtu ni? Boleh buat Study group kat swimming pool tu. Manalah tau kan kalau abang handsome korang tu tengah swim ke? Memang takat leleh lah korang nanti. Hahaha" cadang Haizryn dengan selamba je dia mengusik gang dia.
Laju je diorang semua bersetuju. "Okay! Set!" Mereka semua memulakan pempelajaran seperti biasa apabila pengetua sekolah mereka memasuki kelas mereka.
To Be Continue...

No comments:
Post a Comment