"Kakak, mai sini kejap. Nah surat dari Pusat Latihan Khidmat Negara a.k.a PLKN ni" kata papa sambil menyerahkan surat tersebut. Perghhh! Boleh tahan tebal jugak. Tanpa melengahkan masa aku terus membuka surat tersebut. Belum sempat aku membaca surat tersebut, papa terus bertanya "Bila pergi? Kat mana dapat?"
Aik? Bunyi macam nak menghalau anak sendiri nampak. "Kejap. Baru nak baca ni haaa. Sabar ya" jawab aku bersahaja. "Hurm. Dapat kat Damai Park Resort, Merbok, Kedah. 2 Januari ni kena berkumpul kat pengkalan chepa" kata aku dengan nada perlahan. Nak pergi ke tak nak pergi eh? 3 bulan cuti pun bukannya buat apa pun.
Lesen kereta pun boleh ambil selepas pulang dari PLKN. "Kakak hendak pergi ke? Kalau tak nak pergi papa boleh tolong adjustkan kawan papa kat sana" tanya papa seolah-olah risaukan aku. Eh, memang dia risau pun. Well anak kesayangan dia kan. Lagipun aku tak pernah tinggal di hostel dan mungkin juga, papa tak sanggup tengok aku susah kat sana. Tambahan pula, family aku yang kat kedah semua dah pindah kat Kuala Lumpur.
"Hurm. Kakak ingat hendak pergi PLKN ni. Bila lagi dapat peluang macam ini kan? Lagipun kat luar sana ramai lagi yang hendak pergi. InsyaAllah, kakak tak apa-apa kat sana" kata aku setelah memutuskan untuk pergi PLKN tersebut. "Macam mana dengan lesen kereta?" tanya mama seolah-olah tak bersetuju dengan keputusan aku.
"Lesen kereta boleh ambil selepas pulang dari sana" jawab aku dengan yakin. "Baiklah kalau macam tu, kakak pergilah PLKN tu dan kalau rasa hendak balik ke apa ke boleh call papa okay?" kata putus dari papa. Mama hanya mengangguk setelah mendengar kata putus dari papa. "Okay" balas aku sambil tersenyum lebar melangkah masuk ke bilik aku.
Tiba-tiba sahaja aku teringat dekat gang aku sebelum kitorang semua terpisah selepas hari terakhir peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia a.k.a SPM. "Eh, korang dapat PLKN tak?" tanya nasitah sambil memandang menu pizza hut. "Saya dapat" kata Haizryn bersahaja. "Huh?" jerit mereka serentak.
"Errr. Kenapa?" tanya Haizryn pelik. "Tak sangka awak dapat PLKN tapi saya tak dapat. Hehehe." jawab Azlin sambil ketawa kecil. "Saya pun tak dapat" jawab Nasitah. "Saya pun" jawab Asyikin, Wanis, Amanda, Hanis, Zaheera, dan Asma. "Jadi Yati dan Najwa dapatlah ni?" tanya aku apabila melihat mereka berdua tersengih sambil mendiamkan diri.
Mereka berdua hanya menganggukkan kepala mereka. "Perghh! Untung gila korang tak dapat" kata aku sambil memandang satu persatu sahabatnya itu. "Eh, kitorang pun hendak pergi juga tapi itulah tak ada rezeki. Hanya orang bertuah sahaja dapat" perli Amanda sambil tersengih seperti kerang busuk. "Ceh! Kurang asam jawa minah ni." kutuk Haizryn dengan selamba. Akhirnya mereka semua tergelak apabila mendengar kutukan dari Haizryn.
"Jadi Yati dan Najwa awak dapat kat mana dan kumpulan berapa?" tanya Haizryn sambil berharap mereka dapat kumpulan 1 dan 1 tempat dengannya. "Saya dapat kumpulan 2 dan dekat Kuala Krai" jawab Najwa. "Saya dapat kumpulan 3 dan dekat Johor" jawab Yati. Aduh! Lain-lain tempat pula. Kalaulah dapat 1 tempatkan best.
"Ohh.Okay" jawab Haizryn perlahan. "Eh, pizza kita dah sampai. Jom kita makan dulu lepas tu kita borak-borak. Yala Hari ni last kita lepak dan borak sama-sama." kata Zaheera. "Jom kita makan dulu" jawab mereka serentak memotong kata-kata Zaheera dan tak lama kemudian mereka tergelak. Haizryn hanya gelengkan kepalanya melihat gelagat mereka seperti kanak-kanak ribena sahaja.
Hampir 2jam, mereka semua lepak dan makan bersama. Maka tibalah masa berpisah. Ini yang berat sikit ni. Nantikan ada drama Indonesia a.k.a drama airmata. Yala. Hampir 5 tahun persahabatan mereka terjalin. Susah senang bersama. "InsyaAllah suatu hari nanti kita akan berjumpa lagi. Amin" kata Haizryn sambil tersenyum melihat gang dia sudah melelehkan airmata.
"InsyaAllah. Amin" jawab mereka serentak sambil berpelukkan sesama mereka. "Pinnnnn!" bunyi hon kereta dibawah mematikan lamunan Haizryn. Haishhh! Pagi-pagi buta pun nak hon jugak ke? Ini bukannya pagi yang indah lagi menenangkan jiwa tapi pagi yang membuat jiwa orang kacau sahaja.
Esok aku akan pergi meninggalkan negeri Kelantan ini kerana mengikuti latihan di PLKN selama 3 bulan. Lama tu. Ya Allah, mesti aku rindu suasana di rumah dengan kerenah papa, mama, dan adik2. Oh ya, tidak lupa juga dengan kerenah abang Hafiz tu. Hehehe.
"Kakak jaga diri elok-elok kat sana. Kalau ada apa-apa call mama dan papa ya?" kata papa. Alahai, papa ni buat dramalah pula. "InsyaAllah. Okay. Kakak akan ingat semua tu" jawab aku sambil bersalaman dengan mereka. "Kakak naik dulu eh? Assalamualaikum" kata aku sambil melangkah menaiki bas PLKN yang telah disediakan oleh pihak PLKN.
Sebelum driver bus memulakan perjalanan ke Merbok, Kedah, aku sempat berkenalan dengan beberapa pelatih lain. Tak lama kemudian, papa call aku tanya "Kakak dekat mana sekarang? Papa nak bagi Mcd ni haa sebab pagi tadi kakak tak breakfast kan" "Kakak ada dekat stesen minyak petronas Lundang" jawab aku perlahan menahan sebak didada.
"Okay. Tunggu situ. Papa otw" kata papa memutuskan talian. Tak sampai 5 minit, papa bersama ahli keluarga aku sampai ke stesen minyak tersebut. Tanpa membuang masa aku terus melangkah turun dari bas berjumpa dengan mereka. "Nah! Ambil semua ni makan. Oh ya, nanti boleh lah share dengan yang lain" kata mama sambil menyerahkan dua beg plastik Mcd kepadaku.
"Banyaknya. Okay!" aku terus meninggalakn mereka dengan menaiki bas tersebut. Semua pelatih yang berada didalam terkejut melihat apa yang dibawa oleh aku. Aku hanya mampu tersenyum malu. Aku sempat membahagikan makanan tersebut kepada mereka semua. Sempat jugalah melihat beberapa pelatih lain mengalirkan airmata. Sedih gila kot. Mungkin diorang tak biasa terpisah jauh dengan keluarga mereka sama seperti aku.
"Akhirnya sampai sudah ke kem Damai Park Resort, Merbok, Kedah. Alhamdulillah." kata aku sambil melangkah keluar dari bas PLKN. Semasa ingin mengambil beg di tepi bas tiba-tiba ada beberapa pelatih mengucapkan terima kasih kepadaku kerana aku bagi makanan kepada mereka tadi. Aku hanya menjawab sama-sama sambil tersenyum menghulurkan tangan ingin bersalaman dengan mereka.
"Hai, nama saya Yana. Awak?" tanya seorang pelatih yang dihadapan aku. "Hai, nama saya Haizryn" jawab aku. "Harap-harap kita 1 dorm dan 1 kumpulan ya" balas Yana sambil tersenyum. Aku hanya menganggukkan kepala. Sesudah mendaftarkan diri kami semua diarahkan pergi ke kantin berdekatan untuk di periksa semua barang-barang yang ada di dalam beg masing-masing. Nasib baik handphone diorang semua tidak ambil.
Apabila semua selesai, kami diarahkan pergi ke dorm masing-masing mengikut kumpulan alpha, bravo, charlie dan delta untuk bersihkan diri dan berehat. Jurulatih memberi tahu bahawa 2 3 hari ini belum ada lagi latihan kerana ada lagi pelatih yang belum sampai atau hadir di kem tersebut. Suasana dia macam di kem askar pula. Serious dupdapdupdap dengan kawasan sekelilingnya hutan. Tidak! Aku nak balik Kelantan Jerit hati Haizryn.
"Hai, nama saya Nabila. Awak boleh panggil saya Bella" kata salah seorang dari kumpulan alpha tapi berlainan dorm dengan aku. Oh ya, aku berada di kumpulan alpha. "Hai, Bella. Nama saya Haizryn. Boleh panggil Ryn" kata aku sambil tersenyum. "Eh, awak lah yang bagi Mcd dalam bas semalam kan? Tak sangka kita 1 kumpulan cuma berlainan dorm" kata Bella dengan nada teruja.
"Ya. Saya lah tu. Jom kita duduk di meja tu dan bolehlah kita berborak panjang" ajak aku sambil melangkah kearah meja yang ditunjukkan oleh aku. Hampir sejam kitorang berborak disitu dan tak sangka aku boleh jadi peramah gila. Sebelum ini, aku memang susah sikit ingin bergaul atau berborak dengan pelajar lain. Bukan kerana aku sombong atau apa. Aku lebih suka memerhati telatah mereka terlebih dahulu dan barulah aku memulakan langkah perkenalan.
Selama 2 hari aku disini, aku menjadi rapat dengan Bella. Kemana sahaja kitorang pergi pasti bersama mengalahkan kembar sahaje. Tak kisahlah pergi makan ke solat ke semuanya bersama. Esok merupakan hari terakhir bagi semua pelatih disini berehat sebelum memulakan aktiviti PLKN disini.
To Be Continue...

No comments:
Post a Comment