Adeh! Petang-petang macam mamat ni sengaja buat aku heart attack betullah. Please jangan melting dan boleh pula aku melopong tengok dia. Ini tak boleh jadi ni. Kebetulan pula, bola tadi tercampak berdekatan dengannya. Haizryn melangkah dengan selamba dan tersenyum. Bila abang handsome itu berada di sebelahnya dan dia hanya melihat aku dengan hujung mata je? Perghhh! Poyo gila!
Tak apa. Kau tunggu! "Kak cepatlah baling bola tu!" arah Hadi kepada Haizryn. Tanpa melengahkan masa Haizryn terus membaling bola tersebut kearah lawannya dengan tepat mengenai sasaran. Tiba-tiba aje ada orang berkata "Fuyooo. Tepat pada sasaran beb". Abang Handsome memandang ke arah aku sambil tersenyum dan membuat isyarat 'good'. Okay. Aku hampir pengsan kerana senyumannya itu. Boleh tergugat iman ni.
Pagi sabtu yang indah itu, Haizryn mengajak Farah pergi jogging dibelakang kawasan perumahannya. Semasa Haizryn melangkah keluar dari pintu lif sambil membetulkan cap kesayangannya terkejut melihat sekumpulan lelaki beruniform pilot yang sedang menunggu bas mereka. Aik? Hari sabtu pun ada kelas ke? Kasihan diorang ni. Eh, abang handsome pun ada. Boleh cuci mata ini. Hehehe.
Farah sudah memulakan jogging dan meninggalkan Haizryn terkulat-kulat dibelakang yang sedang mengikat tali kasut sukannya. Haizryn berlenggang kangkung macam Mak Limah tiba-tiba terdengar suara sumbang kat belakang "Weh, aweklah. Cun lak tu. Jom Usha" kata salah seorang dari mereka. Aku terus menolah ke belakang dan abang handsome tu berkata "Cun pun cun tapi budak sekolah lagi lah" sambil tersenyum ke arah aku.
Mereka semua perasan aku melihat mereka dan mereka berpura-pura memandang ke arah langit sambil mengira bintang di langit tersebut. "Weh, kau dapat kira tak bintang ni? Aku dapat 3 lah" kata salah sorang dari gang mereka tu. Abang Handsome hanya menggelengkan kepalanya sambil tersenyum menggoda ke arah Haizryn. Tiba-tiba pipi Haizryn blushing. Relax Haizryn. Please, don't melting.
Haizryn memulakan langkahnya dan "Cik adik, nanti jogging tu elok-elok tau. Kalau jatuh nanti tak ada orang nak tolong. Bye-bye" jerit mereka serentak dengan tu mereka semua melambai ke arah Haizryn. Haizryn menolah kebelakang sambil terssenyum dan berkata "Okay! InsyaAllah. Bye" membalas lambaian mereka dengan lambaian ratu mengalahkan Miss World dan memulakan jogging mengejar Farah yang sudah jauh meninggalnya dia belakang sebentar tadi.
"Mana diorang semua ni? Kata nak datang buat study group dan nak usha abang handsome tu tapi sekarang tak nampak pun datang hidung diorang ni." Haizryn membebel sorang-sorang kat swimming pool. Tiba-tiba handphonenya berbunyi menandakan SMS masuk. Aik? Kenapa serentak je diorang SMS ni? Dahlah semua tak leh datang. Tak pe lah kalau macam tu. Alhamdulillah. Jadinya abang handsome hanya untuk aku sorang je. Muehehehe.
Beberapa minggu kemudian.
"Yeay! Esok dah cuti sekolah tambahan lak kelas tambahan pun tak ada." jerit Azlin yang sedang mengemas buku-buku bersedia ingin pulang kerumahnya. "Bestnya cuti" sahut Nasitah pula. Haizryn hanya menggelengkan kepalanya melihat gelagat sahabar-sahabatnya. "Apa plan awak,Ryn?" tanya Syikin. "Hurm. Mama, papa, Hadi dan Hasnani pergi Sabah Sarawak jadi tinggal saya sorang-sorang kat rumah tu. Siapkan homework yang berlambak tu dan kerja amali. Nanti hari ahad kan Cikgu nak" jawab Haizryn sambil melangkah keluar dari kelasnya.
"Eh, your family tinggal awak sorang-sorang? Berani ke?" tanya Yati. "Tak berani mana pun. Lagipun makcik saya nak kahwin dan mungkin diorang akan ambil saya kat rumah je" jawab Haizryn. "Abang Hafiz tak teman ke? Oh, ya. Abang handsome tu awak dah tau nama dia?" tanya Hanis. "Abang Hafiz teman saya kat pool dan time lunch and dinner saya pergi rumahnya. Mommy and daddy dia sudah pesan kat saya lagipun saya tak tahu lagi nama abang handsome tu" kata Haizryn dengan kecewa.
"Apa kata suruh abang Hafiz tanya je dia tu?" cadang Amanda. "Ish! Mana boleh! Nanti abang Hafiz banyak soal lah. Takkan tak tahu macam mana perangai dia." jawab Haizryn dengan kecewa yang berdouble-double. Tambahan pula, setiap kali Haizryn ingin mendapatkan nama abang handsome tu mesti banyak sangat halangan. Haishhh! "Eh guys, saya hendak pergi jumpa abang Hafiz kat tempat biasa. Rasanya dah lama dia tunggu saya kat sana. Assalamualaikum. Bye" Haizryn meninggalkan kumpul tersebut dan melambai sahabatnya.
"Abang Hafiz lama ke abang tunggu Ryn?" tanya Haizryn sambil tersenyum melihat abang Hafiz memasamkan muka. Kalau aku lambat sikit je mesti ada pelajar perempuan ingin mengusha abang Hafiz. Lepas tu juga, aku yang jadi mangsa. Minah-minah semua tu bukannya suka kalau aku berkepit dengan hero pujaan mereka tu. "Ryn lambat 15 minit" jawab abang Hafiz perlahan.
"Marahlah tu. Sorrylah abang tadi Ryn kena jumpa Cikgu Mawar nak settlekan kerja amali" kata Haizryn sambil memandang kipas susah mati abang Hafiz. Tak puas hatilah tu bila abang Hafiz tak melayan korang kan. Dia hanya layan adik kesayangan dia sahaja. Hehehe. "Nanti Ryn belanja makan pizza hut eh?" pujuk Haizryn.
"Okay! Deal! Jom kita pergi pizza hut sekarang juga" kata abang Hafiz dengan ketawa jahat. Adeh! Termasuk dalam perangkap sudah. Tak pelah abang oiii. Sabar Ryn sabar. "Jom nak pergi mana abang?" tanya Haizryn keliru. Kadang-kadang bila mood lurus bendul dia datang tak payah cakaplah. Penat melayan. "Tadikan kata nak belanja abang pizza hut" "Ada eh? Ingatkan abang nak ajak pergi memancing ikan tadi. Hehehe". "Dah. Jangan nak buat loyar buruk kat sini pula. Jom!" "Sorry" Bye-bye semua kipas susah mati abang Hafiz dan silalah jeles eh? Hahaha.
Selepas solat zohor, Haizryn bersiap-siap ingin pergi ke swimming pool untuk menyiapkan kerja amali dan homework yang setinggi gunung Fuji tu. Haizryn sedang khusyuk menyiapkan kerjanya entah bagai dia boleh terlelap di kerusi nya dengan kuat lentang. Tak senonoh punya perangai. Dia merasa ada orang sedang menyelimutkannya lantas terjaga dengan keadaan mamai.
Dia melihat abang handsome di sebelahnya sambil kenyit matanya dan tersenyum menggoda. Haizryn hanya tersenyum dan Splash!! Haizryn terus memandang ke arah pool. Dia melihat abang handsome sedang berenang dan dia terus melihat tubuhnya. Aik? Towel? Rasanya tadi aku tak ambil towel pun. Ini mesti towel mamat tu dan aku tak bermimpi kan? Haizryn mencubit pipinya. Ouch! Sakitnya.
Tiba-tiba terdengar ada orang ketawa dan Haizryn menolah ke arahnya. Rupa-rupanya mamat tu yang ketawa. Ini tak boleh jadi ni. Haizryn terus melangkah pergi ke toilet ingin membersihkan mukanya. Adeh! Mesti mamat tu tengok aku tidur dengan keadaan tak senonoh. Malu berdouble-double.
Haizryn menyudahkan kerja-kerjanya yang tergendala disebabkan dia terlelap dan drama japan bersiaran langsung sebentar tadi. Abang handsome sudah naik ke darat dan ingin mengambil towelnya yang berada bersebelahan dengan kerusi Haizryn. Haizryn terpandang ke arahnya dan memberi towel tersebut kepadanya. Mamat tu hanya tersenyum dan menggelengkan kepalanya manandakan dia menolak.
Haishhh! Kenapa susah sangat mamat ni bersuara? Dalam mulut dia ada emas ke? Eh, Dia nak hantar towel tu baik aku cepat bolehlah tahu nama dia. Harap-harap dapatlah. Amin! "Bang, nah towel abang tadi" kata Haizryn sambil mengintai abang handsome tu menandatangannya di sign out dan nama dia Haizril? Nama bapak dia ke? Aku memandang ke arah dia dan dia kenyit mata sambil tersenyum. Stay cool Ryn. Jangan melting weh. Nanti jatuh saham kau tu.
Fuhhh! Mamat tu dah blah. Lebih aku balik sekarang nanti abang Hafiz bising pula dahlah asar belum solat lagi. Sampai saje kat lif tu, tiba-tiba ada orang sedang menunggu lif. Adeh! Mamat tu lah. Macam mana ni? Okay Ryn, kau senyum je kat dia dan buat macam tak ada pape yang berlaku. Cepatlah lif sampai oiii. Nanti aku cair kat sini dan nak beku balik susah oiii.
Tamat sudah cuti persekolahannya. Pagi itu, Haizryn tak sabar ingin pergi ke sekolah. Ingin bercerita apa yang berlaku hari tu dengan abang handsome. Confirm diorang semua jeles. Hehehe. Abang handsome a.k.a abang Haizril melangkah masuk ke dalam lif bersama housemate dia dengan lengkap beruniform pilot. Tiba-tiba pintu lif di tingkat 6 terbuka sendiri malahan tiada sesiapa pun yang menekan tingkat tersebut.
Semua yang dalam keadaan mamai tu terkejut melihat tingkat 6 penuh dengan kayu, berhabuk dan bersarang labah-labah. Cepat-cepat je housemate dia menekan butang tutup. Seramlah juga. Sepanjang aku stay sini inilah kali pertama berlaku. Dahlah pagi-pagi buta benda ini terjadi. Tak lama kemudian, pintu lif terbuka di tingkat 2 pula dan keadaannya hampir sama dengan tingkat 6 tadi.
Semua dalam lif tersebut diam dan tiada sorang pun yang menekan butang tutup. Akhirnya, pintu lif tu tertutup dengan sendiri dan kami semua menarik nafas lega. Abang Haizril menuduh housemate dia kerana tertekanlah apalah dan secara tak sengaja aku tergelak melihat gelagat diorang dipagi hari yang mencuit hati aku. Semua memandang aku pelik dan aku berkata "Ehem. Sorry tergelak tadi. Tak payah main tuduh-tuduhlah. Maybe 'benda' tu hanya nak bergurau dengan kita je"
Last-last abang Haizril meminta maaf dengan housemate dan aku tersenyum. Opss! Dia kenyit mata lah pula. Cepat-cepat aku memandang keatas. "Thank you sis" kata abang Haizril melangkah keluar dari lif. Abang Hafiz bertanya "Ryn kenal ke diorang semua tu?" "Tak kenal pun tapi selalulah terserempak dengan diorang kat swimming pool dan dalam lif." "Tak ada papelah" "Ke abang jeles?" "Ish! Manadalah" "Mengaku jelah abang oiii" kata Haizryn sambil ketawa mengusik abang Hafiz.
Sampai je Haizryn terus berlari menuju ke kelasnya dan memanggil semua sahabat-sahabatnya. "Guys! Saya dah tahu da nama abang handsome tu" kata Haizryn dengan bongkak. "Cepatlah bagitahu" kata mereka serantak. "Nak bagitahulah ni. Sabar. Sabar. Hehehe" kata Haizryn sambil tergelak melihat gelagat mereka. "Nama dia Haizril" sambung Haizryn.
"Haizril?" jerit mereka serentak. "Yeah!" jawab Haizryn sambil menayang muka Annoying. Ingat aku tipulah tu. "Betullah." sambung Haizryn dan dia menceritakan apa yang berlaku sepanjang cuti persekolahannya itu termasuklah kejadian pagi tadi. Akhirnya, mereka semua percaya apa yang diceritakan olehnya. Fuhh!
To Be Continue...

No comments:
Post a Comment