FOLLOWERS

Why I Like You? (Part 12)

"Kau taulah Farah Abang Hafiz ni bila aku ugut dia sikit mesti dia gelabah ayam dan sebab itulah aku gelak berguling-guling kat lantai ni. Yang kau tanya soalan pelik-pelik ni dah kenapa? Kau jealous eh? Relaxlah aku takkan sailang buah hati pengarang jantung kau ni" hambik kau sedas dua kena ngan Haizryn. "Aku...Aku...Manada! Buat apa aku nak jealous ngan kau. Kau tu setakat adik angkat Abang Hafiz je bukan special macam aku ni kan Abang Hafiz?" kata Farah tanpa memandang Haizryn. Ada misi yang perlu dibereskan olehnya.

'Amboiiii. Kau bagi aku peluru eh? Tak pe Farah. You will know siapa yang Abang Hafiz sayang. Kau tunggu jelah nanti Abang Hafiz akan bagi kau bom atom. Kalau aku memang aku bagi nuclear terus' "Farah, tak baik tahu cakap macam tu. Ryn ni memang adik angkat abang tapi abang sayang dia lebih dari siapa-siapa pun tambahan pula abang kan single so why not abang anggap Ryn ni someone special in my life" terang Hafiz bagi membetul keadaan.

Ini bukan membetulkan keadaan tapi mengeruhkan keadaan ada laa. Dahlah si Farah tu kaki jealous gila bila Haizryn bersama Hafiz. "Fine! I hate you Abang Hafiz! Ryn mulai hari ini kita putus kawan. Anggap sahaja kita tidak pernah kenal" Farah terus berlari kedalam toilet dan Haizryn cuba mengejar tapi Hafiz menahannya. "Biar Abang yang bagitahu dia sendiri" "Tapikan bang. Farah tu dah betul-betul nekad dah tu. Takkan Ryn nak diamkan je" "Alaaa. Dia kata je tu. Nanti Abang pujuk dia" kata Hafiz sambil tersenyum senget.

'Kan dah cakap. Farah ni memanglah. Over betullah. Dulu elok je bila aku bercakap, bergurau, pukul-pukul bagai ngan Abang Hafiz. Hari ni, perangai macam perempuan gedik dah kenapa? Ke period? Kalau period elok dia je duk swimming tadi. Haishhh. Tak faham aku dengan perempuan ni so complicated!' "Abang... Pergilah pujuk Farah tu Ryn tak nak putus kawan sebab abang tau. Dahlah susah senang Ryn dengan dia bukan dengan abang pun. Abang tu je suka kacau Ryn" arah Haizryn kepada Hafiz yang sedang berdiri betulkan bajunya.

"Nak pergilah ni. Taulah apa yang abang buat Ryn janganlah risau. Abang rasakan better Ryn balik buat solat hajat ke biar lembut hati si Farah tu untuk tarik balik apa yang dia kata" arah Hafiz seolah-olah menghalau Haizryn sebab diorang ada agenda lain. "Perli baik punya bang. Tak leh nak perli yang lagi terbaik ke? Yala. Yala. Nak balik ni nak buat solat hajat bagai tapi Ryn nak pergi billion kejap" jawab Haizryn sambil mengemas barang-barangnya.

"Haaaa. Kemaslah cepat-cepat pastu pergi billion cepat-cepat dan lagi buat solat hajat kasi hati farah tu lembut selembut salju. Nanti susahlah abang nak pujuk dia" bebel Hafiz berjela-jela. "Semua nak cepat. Dah tu buat la solat hajat sendiri" balas Haizryn sambil berjalan pergi keluar dari pintu. "Bye Ryn! Take care kalau jatuh bangun sendiri tau" jerit Hafiz dari belakang. Haizryn hanya menolah sambil mengangguk dan terus berjalan.

Sesudah Haizryn keluar, Hafiz terus menelefon seseorang. Tidak sampai 5 minit, seseorang itu muncul kearahnya sambil tersenyum kemenangan. "Farah dah ready? Jom kita mulakan plan kita tu" kata Hafiz memandang Farah yang sudah lengkap berpakaian untuk pulang kerumah bagi menyiapkan apa yang dirancang oleh mereka. "Yes! I'm ready! Lets go! Tak sabar nak prank Ryn for her birthday selalunya dia yang prank kita kan. Kali ini rasanya" kata Farah sambil tergelak jahat.

"Terbaiklah Farah! Abang salute tau lakonan Farah tadi sampaikan Ryn pun cuak tau pucat semacam muka dia. Yala Farah kan kawan baik dia mesti dia terasa apa yang Farah bagitahu tadi" "Thank you so much bro! Helloooo. Itu baru sikit belum tunjuk yang lain lagi" balas Farah dengan angkuh. "Elehhh. Abang puji sikit dah naik minyak" "Abang jangan ehhh. Nanti Farah buat betul-betul kang putih mata si Ryn tu nanti" ugut Farah.

"Okay. Okay. Abang gurau je. Janganlah marah. Kasihan Ryn tau. Jom mulakan nanti tidak sempat pula nak surprise kan Ryn tu" kata hafiz sambil membuka pintu rumahnya. "Abang yang start dulu. Taulah Ryn tu buah hati pengarang jantung abang. Tak payah nak over sangat lah" "Uishhh. Secukup rasa Farah bagi ni" kata Hafiz sambil memegang dadanya seolah-olah sakit apabila Farah berkata demikian.

"HAHAHA. Abang ni kelakarlah. Patutlah Ryn bengang je dengan abang. Over tau. Its okay. I know abang anggap dia bukan seorang adik tapi seorang kekasih cuma Ryn je tidak tahu menahu pun hal ini. InsyaAllah. One fine day, she will know" "Farah okay tak ni? Demam eh? Kalau demam pergi je kat dapur tu ada panadol" tanya Hafiz seolah-olah pelik dengan kata-kata Farah sebentar tadi. "I'm okay. Farah tak demam. Betulkan apa yang Farah cakap kan tadi? Farah selalu bergurau dengan Ryn yang Farah sukakan abang sebenarnya tak pun. Abang sendiri Farah macam mana kan?"

"Tau tapi Farah...yang Farah kata abang cintakan Ryn tu?" "Abang jangan nak tipulah. Farah boleh nampak dan tahu cara abang tu. Farah saje je nak uji abang dengan perangai gedik-gedik Farah tu. Hehehe" Farah potong ayat Hafiz. Semasa duk pokpekpokpek tu kerja tetap berjalan juga demi menyiapkan birthday party untuk Ryn. Kesemua ahli keluarga mereka bersetuju dengan cadang Hafiz dan Farah. Malahan keluarga Hafiz membenarkan Majlis tersebut diadakan dirumahnya tanpa pengetahuan Haizryn.

'Kenapa eh Farah emo semacam? Pelik aku dibuatnya. Yang aku tau memang dia sukakan Abang Hafiz tapi suka sebagai abang je. Takkan dia cintakan abang Hafiz kot' terfikir Haizryn sambil memilih barang-barang yang ingin dibelinya untuk dibawa ke PLKN keesokan harinya. Sesudah membayar barang-barang tersebut. Haizryn pulang kerumahnya bagi mengemas barang-barangnya. Semasa asyik mengemas Farah datang kerumahnya dan menegur Haizryn. 

"Ryn, aku nak kau pakai baju ni untuk aku. Sebelum kita betul-betul putus kawan" arah Farah sambil membuat muka ketat kearah Haizryn. "Farah, kau memang hendak kita putus kawan ke? Kau sendirikan tau yang Abang Hafiz tu macam mana. Suka mengusik, bergurau takkan sebab kau jealous kau nak putus kawan?" "Suka hati aku lah. Dah. Berhenti membebel. Bosan aku dengar. Aku nak kau pakai baju ni. Dalam 10 minit lagi aku datang balik" "Farah...Aku tak nak putus kawan dan aku tak nak pakai baju ini" 

"Baik kau pakai sekarang sebelum aku mengamuk kat sini. Dan jangan uji tahap kesabaran aku, Ryn" kata Farah sebelum menutup pintu bilik Haizryn. 'Alamak! Abang Hafiz ni bukan nak pujuk Farah tengoklah apa yang terjadi. Baik aku cepat pakai baju nantikan si Farah mengamuk mau bergegar Bangunan ini'

"Boleh pun kau pakai baju ni sampai kena ugut dulu baru nak pakai. Okay. I want you teman aku pergi suatu tempat" "Tapi Farah kita nak pergi mana pakai lawa-lawa macam ini?" "Kau diam dan kau ikut jelah aku. Nanti kau akan tau juga. Satu lagi kau kena tutup mata kau tu dengan kain ini" kata Farah menghulurkan kain kearah Haizryn sambil tersenyum jahat seolah-olah ada agenda lain. Memang ada agenda pun agenda birthday party Haizryn. Haizryn mengambil tanpa banyak soal dan mengikut segala arahan dari Farah. 

'Maaf Ryn jika aku keterlaluan. Sekali sekala kenakan kau apa salahnya kan? Lagipun kau ni nakal sangat. Kena bagi sikit 'ajaran'. HEHEHE' "Surprise! Happy birthday Ryn!" Terkejut Haizryn melihat semu ahli keluarganya, keluarga Abang Hafiz dan keluarga Farah berada di rumah Hafiz bagi memberi kejutan hari jadinya. "Ya Allah. Hari ini birthday Ryn ke?" tanya Haizryn dengan bendulnya.

"Yup! Today is your birthday Ryn. Aku saje je buat-buat gaduh dengan kau tadi sebab nak prank kau tapi tak sangka betul-betul menjadi. Aku mintak maaf dengan kau apa yang berlaku tadi dan aku nak berkawan dengan kau sampai bila-bila. By the way Ryn Happy birthday! I love you my buddy!" ucap Farah sambil peluk haizryn. "Thank you so much buddy! And aku maafkan kau dunia akhirat" Haizryn membalas pelukan Farah. "Ehem. Abang join sekali boleh?" "Ehhh. Manada boleh! Abang kan bukan suami kitorang jadi abang tak leh peluk laaa." "Jadi abang kenalah kahwin dengan korang dulu baru boleh peluk" tanya Hafiz seolah-olah tidak faham.

"Yaaaa. Abang kena kahwin ngan kitorang dulu baru boleh" jawab Haizryn dengan muka menyampah. Farah sudah tersenyum-senyum kerana dia sudah mengetahui perkara sebenar. "Okay. Nanti abang kahwin baru boleh peluk" "Ya Allah, bang gatalnya anak laki kita tu. Tak menyempat. Haishhh. Buat malu je. Dah-dah. Ryn jangan layan sangat Hafiz tu. Meh potong kek ni lepas bolehlah makan" jawab mummy Hafiz sambil menarik lengan Haizryn untuk memotong kek. Hafiz hanya tersengih dan yang lain-lain hanya ketawa riang. 

Alhamdulillah. Majlis tersebut berjalan dengan lancar walaupun disambut dengan sederhana. Farah dan Haizryn meneruskan persahabatan mereka walaupun Farah hanya bergurau dengannya. Pada malam itu, mereka bertiga melepak di rooftop ingin menenangkan fikiran. Tambahan pula, Hafiz akan meneruskan pembelajarannya di APFT. Manakala Haizryn akan menghabiskan saki bakinya dia di PLKN dan Farah pula akan meneruskan pembelajaran di tingkat 5 selepas cuti perayaan cina tamat pada keesokkan hari.

"To be continue"

ThanksForReading (:

No comments:

Post a Comment