FOLLOWERS

Why I Like You? (Part 10)

"Haaaa. Ryn nak makan apa?" tanya Hafiz. "Abang nak belanja Ryn ke?" tanya Haizryn. "Kita tanya dia, dia tanya kita balik" rungut Hafiz. "Dah dia tanya kita, kita pun tanyalah balik sebab nak confirm samada dia nak belanja kita. Lagipun kita ni kan budak PLKN je duit poket pun ciput je" jawab Haizryn. 'Hambik kau. Kan dah kena sebijik' "Janganlah ajuk abang!" marah Hafiz. 

"Eh, tadi dia yang cakap gitu kita pun cakap gitu gaklah" perli Haizryn. "Ryn! Stop it! Now!" marah Hafiz. "Relaxlah bang. Ryn gurau jelah. Nanti abang rindu Ryn sebab abang busy study dan Ryn lak kat PLKN. Nak call or sms confirm time weekend je" pujuk Haizryn. "Hehehe. Abang gurau je tadi sebab abang tengok Ryn monyok semacam je. Kenapa ni?" tanya Hafiz.

"Sebenarnya Ryn..." "Sebenarnya apa Ryn?" "Sebenarnya Ryn..." "Yala. Sebenarnya apa Ryn?" tanya Hafiz. "Sebenarnya Ryn nak makan KFC dan bukannya Pizza Hut. HAHAHA" jawab Haizryn berlari keluar dari Pizza Hut. "Oiiittt! Budak kau tunggu aku! Boleh pulak dia main-mainkan aku. Lain kali bagitahulah awal-awal." jerit Hafiz sampai satu Pizza Hut dengar.

Hafiz berlari keluar kejar Haizryn yang sedang bersandar dikeretanya sambil tersengih dan membuat tanda peace kerana berjaya memainkan Hafiz. Hafiz menarik telinga Haizryn sambil tergelak sama kerana tertipu dengan muslihat Haizryn sedangkan sudah banyak kali dia terkena seperti itu setiap kali keluar dengan Haizryn.

"Ampun bang! Ryn gurau jelah. Memang Ryn nak makan Pizza Hut" jawab Haizryn sambil memegang telinganya. "Haaaa. Mainkan abang lagi nanti Ryn bayar baru tahu" jeling Hafiz. 'Alamak! Dia merajuk laa. Adoiii. Ini yang aku lemah ni' rungut Haizryn. "Apa Ryn? Abang tak dengarlah apa Ryn cakap" tanya Hafiz.

"Apa bang? Ryn cakap nak makan Hawaiian Chicken lah" "Betul ni? Ke Ryn kutuk abang? Tapi abang dengar macam Ryn kutuk abang je" tanya Hafiz kerana tidak berpuas hati dengan jawapan Haizryn. "Betul bang! Ryn tak tipu dan manada Ryn kutuk abang kan Ryn sayang abang" jawab Haizryn sambil buat muka comel. "Okay abang percaya. Kalau Ryn kutuk abang siaplah Ryn nanti"

"Yaaa. Ryn sayang abang sorang je. Manada kutuk-kutuk ni nanti abang tak nak belajan Ryn" jawab Haizryn dengan nada jengkel. "Hehehe. Abang tau" "Alhamdulillah" kata Haizryn sambil menadah tangan. "Kenapa Ryn? Kenapa Alhamdulillah?" tanya Hafiz. "Yala. Kan abang belanja Ryn dan duit Ryn selamat. Hehehe" "Ryn! Sempat lagi eh?" marah Hafiz.

Akhirnya mereka order makanan mereka dan mereka menikmati makanan mereka di tepi pagar airport sambil melihat kapal terbang take off dan landing. Sempat jugalah Haizryn menangkap beberape keping gambar mengguna camera handphonenya sebagai kenangan. Sesudah Haizryn menangkap gambar Hafiz menanyakan sesuatu kepadanya "Ryn, kalau Ryn kan Ryn suka orang macam yang boleh dibuat isteri?" "Huh? Kenapa pelik sangat soalan abang ni? Ke abang ada suka someone ni? Cepat bagitahu Ryn! Siapa yang sangat bertuah dapat abang ni?" tanya Haizryn.

Nasib baik tidak tertelan kepingan pizzanya sebab terkejut dengan pertanyaan Hafiz. "Abang tanya Ryn kan? Ryn jawablah dulu. After that baru abang jawab" "Okay. Okay. Hurm. Kalau Ryn kan. Ryn suka orang yang pandai dari segi agama, ilmu, dan memasak tapi cantik ke tak cantik tu belakang kira. Pandai menghormati orang tua. Apa lagi ya? Haaa. Pandai bergurau pun okay gak at least kita tak da bosan sangat" jawab Haizyrn. "Aik? Ryn pujuk diri sendiri ke Ryn jawab soalan abang ni" gurau Hafiz.

"Hellooooo! Ryn jawab soalan abang lah! Manada Ryn puji diri sendiri tapi kan okay gak puji diri sendiri. Hehehe." jawab Haizryn sambil tergelak besar. "Aduh! Sakitlah bang! Main tarik telinga orang!" marah Haizryn. "Tak habis-habis loyar buruk dia tu dengan perangai tak semegah dia tu. Haishhh. Malang dik kalau jadi laki kau" kutuk Hafiz sambil tergelak jahat yang sangat jahat.

"Dah abang tanya itulah yang Ryn jawab" rajuk Haizryn. "Ya. Ya. Abang tahu. Saja jelah. Hehehe." gurau Hafiz. "Tadi dia yang serious pastu kita jawablah tapi dia lak yang main-main" "Okay. Okay. Abang gurau je tapikan Ryn ciri-ciri tu memang ada. Sebijik macam Ryn cakap tapi Ryn tak pandai masak. Ryn cuma pandai baking je" "Abang! Ingat lawak ke? Tahulah Ryn tak pandai masak! I hate you so much!" jerit Haizryn semasa kapal terbang MAS mendarat di landasannya.

"Ooo. I hate you eh? Padahal I love you so much kan?" giat Hafiz. "Stop it!" marah haizryn. "Okay. I'm sorry okay? Macam ni adalah sorang awek ni sukakan abang tapi.." "Tapi apa?" tanya Haizryn seolah-olah melupakan pergaduhan kecik sebentar tadi. "Tapi dia jenis melayan lelaki. Dia kata suka abang tapi dia layan lelaki lain" jawab Hafiz. "Mungkin dia keluar with her bestfriend or her cousin?" "I don't think so because she going out with my batchmate last week. Malah diorang declare diorang couple depan-depan abang okay" jawab Hafiz.

"What?! Seriously?! Dia tu memang jenis macam tu ke?! Kenapa nak bermain dengan abang sampai macam tu sekali? Wait a minute! Do you fallen love with her too?!" tanya Haizryn sambil menolah kearah Hafiz yang sedang melihat kapal terbang AirAsia yang sedia untuk berlepas. "No! I don't love her! But why she told me she love me? Itu je yang abang nak tahu" jawab Hafiz sambil merenung anak mata Haizryn.

"I don't know bang. Maybe batchmate abang ada something yang boleh buat dia fallen love with him and go asked your batchmate if you want to know the truth" "Okay Ryn. Thank you so much because you always stay beside me even kita bukan adik beradik kandung" "Its okay bang" jawab Haizryn sambil tersenyum mengemas kotak pizza dan bekas minuman. "Jom balik Ryn" ajak Hafiz.



"To be continue"


ThanksForReading (:

No comments:

Post a Comment