FOLLOWERS

Why I Like You? (Part 11)

Haizryn sedang menikmati angin petang bersama novel kesayangan iaitu Harry Potter di Swimming pool tiba-tiba ada tangan yang mencuit kaki Haizryn. Haizryn yang asyik melayan novel sekali menjerit high note sampai bergegar bangunan tersebut akibat jeritan beliau. Sesudah Haizryn menjerit Haizryn mendengar ada orang ketawa terus menolah kearah tersebut. 

"Abang! Memanglah! Suka malukan Ryn! Tengok semua orang tutup telinga sambil tergelak tengok reaksi Ryn tadi" marah Haizryn. "Hehehe. Abang cuit sikit je Ryn yang melebih menjerit sampai bergegar bangunan. Abang ingatkan gempa bumi tadi"gurau Hafiz. "Enough bro! Enough! Nanti Ryn baling novel ni biar abang koma setahun" amaran Haizryn. "Sampai hati Ryn nak baling novel tu kat abang dahlah siap doakan abang koma lak tu" rajuk Hafiz sambil duduk menghadap Haizryn yang sedang mengutip novel tersebut di lantai akibat tercampak semasa Haizryn terkejut sebentar tadi.

"Dah abang suka sangat kacau Ryn pastu usik keterlaluan sangat. Rimas tau. Pergilah kacau Farah kesayangan abang tu. Sibuk je orang nak baca novel sebelum pulang ke PLKN dengan aman pun tak boleh" bebel Haizryn sambil membaca novel tersebut. "Sampai hati Ryn marah abang. Maaflah kalau abang buat Ryn terasa sepanjang kita berkawan. Abang tahu yang abang ni terlebih bergurau dengan Ryn. Abang mintak maaf okay?" pujuk Hafiz sambil membuat muka sedih.

"Hurm" jawab Haizryn. "Hurm je Ryn?" tanya Hafiz. "Hurm" jawab Haizryn lagi. 'Kenapa dengan adik aku ni? Jawab Hurm je ni. Ke masih merajuk ngan aku? Aku gurau kasar ke tadi? Rasanya aku cuit sikit je kaki dia. Pelik ni' Hafiz pun berdiri berjalan berdekatan dengan Haizryn sambil mengintai apa yang dilakukan oleh Haizryn. 'Mak aiii. Bukan main lagi dia focus kat novel dia. Aku pula beria-ia mintak maaf dengan dia. Jap, kalau aku cuit dia lagi double confirm dia akan baling atau pukul aku dengan novel tu. Tak boleh jadi ni'

"Ryn, abang mintak maaf tau. Abang gurau je tadi. Ryn pun tahu kan Ryn satu-satunya adik abang" pujuk Hafiz. "Ya bang. Ryn dengar. Ryn dah maafkan abang. Ryn saje je nak dera abang kejap. Yala bukan main lagi gelakkan orang. Rasakan" jawab Haizryn sambil tersengih seperti kerang busuk. "Ryn! Separuh mati tau abang risau. Abang takut Ryn marahkan abang lepastu Ryn tak nak kawan dengan Ryn lagi" "Mak aiiii. Ayat touching dia mai daa"  "Betullah Ryn. Abang risaukan Ryn tau" sambung Hafiz memandang tepat kearah Haizryn.

"Ya bang. Ryn tak marah pun. Dah jangan nak ambil hati sangat. Tu buah hati abang tengah makan hati tu" jawab Haizryn sambil menjuih bibir ke suatu arah iaitu ke tempat Farah yang sedang memandang ke arah mereka. 'Jealous lah tu' "Alamak! Ryn, macam mana ni?" tanya Hafiz. "Macam mana apa? Macam tulah" jawab Haizryn acuh tak acuh. 'Payah betullah dengan minah sorang ni. Bukan dia tak tahu yang aku ni adik angkat Hafiz. Tak ada masa aku nakkan Hafiz lagipun aku dah sukakan seseorang iaitu Haizril. Yup. Only him'

"Ryn tolonglah abang. Pleaseeeeee. Tolonglah abang." rayu Hafiz. "Hurm. Tengoklah tapi kan bang. Abang bukannya sukakan Farah kan?" tanya Haizryn. Hafiz terkejut dengan soalan tersebut. "Jawablah bang oiii" Haizryn menepuk peha Hafiz akibat terkejut dan terdiam untuk menjawab soalan tersebut."Oohh. Sorry. Abang terdiam. Abang tak tahu. Seriously I don't know." jawab Hafiz.

"What?! Don't know then why abang terdiam?" tanya Haizryn inginkan kepastian. 'Pelik abang aku ni. Kalau tak suka cakap jelah tak suka. Ni diam. Ke memang suka?' "Errr. I don't love her. Yes! I don't her" jawab Hafiz. "Are you sure?" "Yes! Every very sure" "Whateverlah bang. Kalau abang tak suka jawab jelah tak suka. Simple right?" 

Hafiz menggeleng kepala tanda tidak bersetuju dengan jawapan Haizryn. "Bukan mudah Ryn. Ryn pun tahu kan yang Farah suka kat abang tapi abang layan dia acuh tak acuh je" "HAHAHA. Abang buat lawak ke? Abang layan Farah acuh tak acuh? I don't think so. Abang layan semua perempuan sama je. Abang terlampau baik dengan diorang sampai diorang menaruh hati kat abang. I know how you treat them" "Okay. I'm sorry and I don't even know how I treat them

"I know you very well abang. Dah. Tak payah nak fikir sangatlah. Nanti Farah tu okay lah. Abang kan tau dia jealous dengan Ryn seolah-olah kita ni couple padahal dia tahu yang kita ni adik beradik angkat je. Don't worry okay?" "Okay" "Apa yang okay? Kenapa Okay je?" tanya Haizryn sambil memandang Hafiz yang tersenyum pelik kearahnya. 

"Okay apa kalau kita couple" jawab Hafiz. "Nampak penumbuk ni? Kalau teringin sangat nak merasa dipersilakan" "Amboiii Ryn garangnya. Takut abang tau. Abang usik sikit terus bagi amaran. Malanglah siapa jadi hubby Ryn asyik makan penumbuk laa. Kena baling dengan novel laa. Malang betul" "Woiii. Cakap baik-baik sikit ehh. Ada jugak kena campak dalam pool jap lagi" marah Haizryn yang sedang bersedia ingin mencampak abang kesayangan beliau kedalam pool.

"Relax Ryn relax. Ambil nafas hembus. Ulang sepuluh kali InsyaAllah Ryn tenang" pujuk Hafiz dengan serious. 'Kalau dia campak aku betul-betul kang tak pasal-pasal aku lemas lam pool tu. Tak mau lah nanti si Farah tu buat CPR mampus aku. Apalagi Hafiz pujuk Ryn. Itulah kau bergurau sangat dengan dia. Ada je dia nak menjawab.'

"Errr. Ryn janganlah macam ni" "Apa? Dah tak sabar nak kena campak ke? Kejap eh, Ryn nak warm up dulu" jawab Haizryn sambil terangkat keningnya. 'Gulp! Mampus kau, Hafiz' "Ryn, bila eh Ryn nak pergi PLKN abang ingat nak hantar Ryn lah?" "Abang jangan nak tukar topik eh? HAHAHA. Cuaklah tu. Ryn gurau jelah. Comel je tengok muka abang menggelabah macam ni. Hilang macho. Baru gertak sikit dah gelabah" Haizryn tergelak guling-guling kat lantai.

"Ryn! Abang taulah Ryn bergurau tapi tak yah lah gelak sampai berguling tu. Malulah" "Muka abang tulah kelakar sangat. Adoiiiii. Sakit perut Ryn" "Mana? Mana? Meh abang tengok. Itulah gelak sampai tak ingat dunia" bebel Hafiz macam mak nenek. "Its okaylah bang. Ryn saje je buat macam ni sebab abang macam risau semacam. Abang ada masalah ke? Meh lah story ngan Ryn. InsyaAllah Ryn boleh tolong" Haizryn menghulur tangannya supaya Hafiz menariknya dari berbaring di lantai tersebut.

"Hi guys. Rancak berbual sampai tergelak guling-guling kat lantai. Apa yang korang berbual?" tegur Farah. Akibat terkejut dengan tetamu yang tidak diundang Hafiz terlepas tangan Haizryn menyebabkan Haizryn jatuh terduduk. "Aduh! Sakitlah!" rungut Haizryn sambil menggosok pinggulnya yang terasa sengal semacam. "Maaflah Ryn abang terkejut tadi" Hafiz menghulurkan tangannya untuk Haizryn bangun tetapi Haizyrn menggelengkan kepala tanda menolak. Muka Farah terus berubah kerana Hafiz dia menjawab soalannya malah Hafiz lebih memfokus kearah Haizryn.


"To be continue"

ThanksForReading (:

No comments:

Post a Comment